Sesuatu institusi pendidikan yang mengendalikan pendidikan prasekolah bagi sepuluh orang murid atau lebih yang berusia antara 4 - 6 tahun dengan menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
Konsultasi awal dengan Pegawai Pendidikan Swasta Daerah (Senarai Pegawai)
Hadir Taklimat Penubuhan (Tempahan Kehadiran Taklimat - BELUM DIBUKA UNTUK DISEMBER)
Verifikasi Premis oleh Pegawai Pendidikan Swasta Daerah
Isi borang permohonan dan sediakan dokoman sokongan (rujuk pautan BORANG-BORANG)
Serah permohonan kepada Pegawai Pendidikan Swasta Daerah untuk semakan
Terima surat sokongan kepada 3 agensi iaitu PBT, BOMBA, PKD dan hantar kepada agensi tersebut
Serah surat 3 agensi kepada Pegawai Pendidikan Swasta Daerah untuk semakan
Terima Perakuan Pendaftaran
PERAKUAN PENDAFTARAN TADIKA : RM 7.00
PERMIT PENGELOLA (MINIMUM 3 ORANG) : 3 X RM 7.00 = RM 21.00
PERMIT MENGAJAR TADIKA (MINIMUM 1 ORANG) : RM 20.00 + RM 10.00 = RM 30.00
JUMLAH BAYARAN : RM 58.00