1. Apakah fungsi Unit Pendidikan Swasta?
a) Menguruskan Pendaftaran Semua Institusi Pendidikan Swasta (IPS) Mengikut Peraturan yang Ditetapkan.
b) Menguruskan Pemeriksaan IPS Supaya Patuh Kepada Peraturan yang Ditetapkan dalam Akta Pendidikan 550 oleh KPM.
c) Menguruskan Permohonan Pendaftaran Guru, Pengelola dan Pekerja IPS Mengikut Peraturan yang Ditetapkan dalam Garis Panduan KPM.
d) Menguruskan Pembaharuan Pendaftaran IPS Mengikut Peraturan yang Ditetapkan dalam Garis Panduan KPM.
e) Menguruskan Pembaharuan Pendaftaran Guru, Pengelola dan Pekerja IPS Mengikut Peraturan yang Ditetapkan dalam Garis Panduan KPM.
f) Menguruskan Pengumpulan Data Semua IPS secara dalam Talian dan Manual.
g) Menguruskan Kebenaran Pengambilan Pelajar Antarabangsa di IPS Mengikut Peraturan yang Ditetapkan dalam Garis Panduan KPM.
h) Menguruskan Kebenaran Aktiviti Luar Pelajar IPS Mengikut Peraturan yang Ditetapkan dalam Garis Panduan oleh KPM.
i) Menguruskan Penempatan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta.
j) Menguruskan Permohonan Permit Mengajar bagi Pelajar yang Melaksanakan Latihan Mengajar/Praktikum di Institusi Pendidikan KPM Negeri Johor.
k) Menguruskan Elaun Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam yang Telah Melaksanakan Latihan Mengajar / Praktikum di Institusi Pendidikan KPM dalam Negeri Johor.
l) Menguruskan Surat Kelulusan Bersyarat untuk Menjalankan Kajian bagi Pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan Institusi Pengajian Guru.
m) Menyediakan Input Berkaitan Kurikulum bagi Sekolah Swasta yang Melaksanakan Kurikulum Kebangsaan.
n) Menguruskan Permohonan dan Menjalankan Pemantauan Pelaksanaan DLP di Sekolah Swasta yang Melaksanakan Kurikulum Kebangsaan.
2. Apakah itu Institusi Pendidikan Swasta (IPS)?
“sekolah swasta” atau “institusi pendidikan swasta” ertinya sekolah atau institusi pendidikan yang bukan sekolah atau institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan. Kategori IPS adalah:
a) tadika swasta
b) sekolah swasta
c) pelbagai pusat
3. Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan IPS?
Sila:
a) Layari mylink.la/unitswastajohor
b) Emel kepada: jpnjohor.ups@moe.gov.my
c) Layari Facebook: https://www.facebook.com/unitswastajpnj
d) Hubungi talian pejabat: 07-2310004
e) Hadir ke Unit Pendidikan Swasta, JPN Johor
4. Bagaimanakah prosedur untuk menubuhkan sesebuah IPS?
Dapatkan maklumat lanjut melalui:
a) Layari mylink.la/unitswastajohor
b) Penolong PPD Pendidikan Swasta di Pejabat Pendidikan Daerah berdekatan
c) Hadir ke Unit Pendidikan Swasta, JPN Johor
5. Bagaimanakah saya boleh membuat semakan IPS yang berdaftar?
a) Semua IPS yang berdaftar mempunyai kod pendaftaran masing-masing
b) Semakan boleh di buat:
i. Tadika swasta: Melalui Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) (https://smpk.moe.gov.my)
ii. Sekolah swasta: Melalui Sistem Maklumat Institusi Pendidikan Swasta (SMIPS 3.0) (https://smips.moe.gov.my)
iii. Pelbagai pusat: Pusat yang berdaftar dengan KPM akan bermula dengan kod JZxxxx
(Bagi semakan terperinci sila rujuk Penolong PPD Pendidikan Swasta di Pejabat Pendidikan Daerah berdekatan)
6. Bagaimanakah untuk membuat aduan berkaitan dengan IPS?
Aduan boleh disalurkan melalui:
a) Emel: jpnjohor.ups@gov.my
b) Talian pejabat: 07-2310004
c) Hubungi mana – mana Pegawai Unit Pendidikan Swasta, JPN Johor (Maklumat kami boleh didapati di mylink.la/unitswastajohor)
Pemakluman: Maklumat pengadu akan dirahsiakan
7. Bagaimanakah jika sesebuah sekolah swasta dan tadika swasta ingin membawa pelajar bagi sebarang aktiviti luar bilik darjah?
Permohonan boleh dibuat melalui mylink.la/unitswastajohor
8. Saya juga difahamkan Unit Pendidikan Swasta, JPN Johor menguruskan permohonan berkaitan:
a) kebenaran menjalankan kajian di sekolah kerajaan
b) pelajar yang menjalankan praktikum
Ya, maklumat lanjut berkaitan urusan di atas boleh didapati melalui mylink.la/unitswastajohor