APA YANG PERLU DIPERBAHARUI?
Perakuan Pendaftaran
Permit Pengelola
Permit Pekerja
Permit Mengajar
BILA PERLU DIPERBAHARUI?
Apabila telah tamat tempoh yang berakhir pada 31 Disember tahun berkaitan
Perakuan Pendaftaran Tadika perlu diperbaharui setiap tahun kecuali Perakuan Pendaftaran Sementara.
Perakuan Pendaftaran Pusat dan Sekolah perlu diperbaharui setiap 5 tahun kecuali Perakuan Pendaftaran Sementara.
Permit Pengelola Tadika perlu diperbaharui setiap tahun kecuali Permit Pengelola Sementara
Permit Pengelola Pusat dan Sekolah perlu diperbaharui setiap 1 - 5 tahun kecuali Permit Pengelola Sementara
Permit Pekerja Tadika perlu diperbaharui setiap tahun kecuali Permit Pekerja Sementara
Permit Pekerja Pusat dan Sekolah perlu diperbaharui setiap 1 - 5 tahun kecuali Permit Pekerja Sementara
Permit Mengajar Tadika, Pusat dan Sekolah perlu diperbaharui setiap 1-5 tahun.
BAGAIMANA HENDAK MEMPERBAHARUI?
Muat Turun Borang-borang Pembaharuan
Isi borang dan sediakan dokumen sokongan mengikut Senarai Semak UPS 8Â
Hantar kepada Pegawai Pendidikan Swasta Daerah di Pejabat Pendidikan Daerah Masing-masing