Politeknik METrO Kuantan (PMKU) memulakan operasi pada tanggal 1 April 2011 di kampusnya yang terletak di tengah-tengah pusat komersial Bandar Kuantan. Institusi ini merupakan salah satu pusat pengajian tinggi awam yang menawarkan pengajian dalam bidang perkhidmatan, sesuai dengan keperluan serta permintaan pihak industri masa kini.
Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan PMKu (UPP PMKu) merupakan salah satu unit di bawah Jabatan Sokongan Akademik, PMKu. Unit ini bertanggungjawab dalam menguruskan dan menyelenggara keseluruhan aset dan fasiliti di PMKu. UPP memainkan peranan yang penting bagi memastikan aset dan fasiliti di PMKu adalah dalam keadaan baik dan dapat digunakan pada tahap yang optimum. Selain itu, ianya dapat mewujudkan persekitaran yang sihat dan selamat untuk proses pengajaran dan pembelajaran serta segala operasi di PMKu berjalan dengan sempurna dan lancar.
Seksyen Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan (UPP)
UPP berfungsi merancang, mengurus dan memantau projek/pembangunan fizikal dan bukan fizikal melalui peruntukan yang diterima daripada Peruntukan Rancangan Malaysia (RMK) dan lain-lain sumber peruntukan pembangunan dan penyelenggaraan di bawah waran OS 28000 / OS32000 / OS35000.
Seksyen Unit Teknologi Maklumat (UTM)
UTM berperanan merancang, mengurus dan memantau penyelenggaraan infastruktur dan infostruktur ICT di PMKu. Ia turut berperanan mengurus data yang dimuat naik berkaitan pelajar, staf, penyelidikan, institusi dan lain-lain di institusi serta berperanan merancang, membangun dan mengurus Data Centre (DC) dan Data Recovery Centre (DRC) bagi institusi.