Mohon semua guru subjek SPM 2022 untuk mengisi data headcount di halaman HD TINGKATAN 5 dan HD TINGKATAN 3 dengan merujuk kepada GPS Sasaran SPM 2022
Guru tidak dibenarkan mengubah bahagian lain selain markah sasaran SPM 2022 SAHAJA.
Sebarang masalah boleh terus berhubung dengan Cikgu Hazmil atau Cikgu Amir.
HC adalah proses mengenal pasti potensi akademik dan potensi kerjaya setiap pelajar mulai tingkatan 1 hingga tingatan 5. Proses ini ialah mengenal pasti, merasionalkan, dan menjustifikasikan penentuan ciri-ciri keupayaan pembelajaran bagi setiap pelajar supaya guru dapat menyenarai dan menetapkan unjuran pencapaian subjek bagi pelajar tersebut di dalam kelas yang diajarnya.
Pengunjuran kecemerlangan yang diamalkan pada masa sekarang, berasaskan ketetapan yang telah ditetapkan dan secara dasarnya, ia tidak mengambil kira potensi individu murid.
Pengunjuran itu tidak dikaitkan dengan kecergasan pelbagai (multiple inteligences) murid secara individu, cita-cita, dan peluang belajar di IPTA/IPTS dan pencapaian akademik seluruhnya.
Kebanyakan pelajar tiada wawasan diri. Mereka belajar tanpa haluan dan fokus. Pelajar yang tiada matlamat diri tiada kesungguhan dalam pembelajaran.
Guru-guru tidak dapat membimbing dan memotivasikan pelajarnya kerana tidak menganalisis data. Ini mengakibatkan strategi pemulihan, pengukuhan, dan pengayaan tidak dapat menepati sasaran.
Melihat keupayaan sedia ada setiap pelajar.
Menilai potensi setiap pelajar yang dapat digarap
Merancang program yang bersesuaian dengan kebolehan dan keupayaan pelajar berasaskan diagnosis yang tepat.
Untuk tujuan post-mortem dan tindakan penambahbaikan yang proaktif.
Pemantauan dan penilaian boleh dibuat oleh Pengetua, Timbalan Pengetua Kecemerlangan Akademik, Penyelaras Gemilang, Penyelaras tingkatan dan guru subjek secara saintifik.
Di dalam melaksanakan program ini, anda akan menemui beberapa istilah yang agak pelik yang digunakan sebagai rujukan dan sasaran. berikut disenaraikan istilah-istilah tersebut dan maknanya:
TOV - Take Off Value
(Markah rujukan bagi setiap pelajar)
OTI - Operational Target Increment
(Markah sasaran bagi setiap pelajar mengikut peperiksaan)
AR - Actual Result
(Markah sebenar yang diperolehi pelajar mengikut peperiksaan)
ETR - Expected Target Result
(Markah sasaran yang akan diperolehi pelajar untuk PT3 / SPM / peperiksaan akhir tahun)