Ucapan

Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Unit Peperiksaan dan Penilaian (UPP) merupakan unit yang bertanggungjawab memastikan penilaian (Pentaksiran), pengurusan peperiksaan, pemprosesan dan pengesahan keputusan peperiksaan ditadbir secara teratur dan sistematik. Bagi menjamin sistem pengurusan peperiksaan yang cekap dan berkesan, sistem iTEMS (Institute of Teacher Education Examination Management System) telah diperluaskan penggunaan ke semua IPG Kampus oleh IPGM.

UPP juga bertindak sebagai urusetia di peringkat IPGM membantu menguruskan Istiadat Konvokesyen IPGM bagi semua program perguruan yang dikendalikan sama ada program sepenuh masa atau program separuh masa. Peranan dan amanat yang dilaksanakan ini, demi mencapai Tranformasi IPG pada Kluster 6 khasnya, iaitu Peningkatan Kualiti Pelajar agar IPGM dapat melahirkan guru berkualiti tinggi bergerak sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.

Selaras dengan keperluan pendidikan menerusi Transformasi Sekolah 2025 (TS2025) dan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB), pemerkasaan dalam pentaksiran adalah penting bagi mengukur hasil pencapaian pelajar sebagai asas penganugerahan kelayakan seterusnya ke arah melahirkan graduan holistik.

Pembentukan guru berkualiti amat penting dalam pembentukan generasi masa depan agar mereka menjadi warganegara yang berfungsi dalam menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran negara kita Malaysia yang tercinta.

NAZJEDAH BINTI MAHMUD

KETUA UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

IPGK PEREMPUAN MELAYU