TUGASAN : Pembelajaran Berasaskan Projek (Projek Kemahiran Insaniah)
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS
1. Pembelajaran Berasaskan Projek (Projek Kemahiran Insaniah) ini merupakan tugasan berkumpulan.
2. Setiap kumpulan terdiri daripada sekurang-kurangnya 2 orang atau lebih mengikut kesesuaian projek yang dilaksanakan dengan menyenaraikan peranan ahli kumpulan seperti berikut:
i. Pengarah program
ii. Setiausaha
iii. Ahli Jawatankuasa
iv. Tajuk tugasan dipilih daripada topik Falsafah Ilmu, Tamadun Islam dan Ulum Syar'iyah
3. Pelajar dinasihatkan supaya sentiasa berbincang dengan pensyarah bagi memastikan projek dapat dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
4. Projek perlu dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
5. Pelajar perlu membuat kerangka projek sebelum melaksanakan tugasan.
6. Kerangka dan pembentangan projek hendaklah menggunakan Bahasa Melayu.
7. Pelajar perlu menyediakan kerangka projek yang meliputi:
i. Muka hadapan (nama kolej, kursus, tajuk, tutoran, sesi , nama pensyarah, nama pelajar dan no matrik )
ii. Pendahuluan
iii. Objektif
iv. Sasaran/Peserta
v. Tarikh dan tempat
vi. Tentatif projek
vii. Anggaran perbelanjaan
viii. Jadual perancangan tugasan
ix. Penutup
8. Setiap kumpulan perlu menyediakan laporan projek meliputi perkara berikut:
i. Tajuk
ii. Tarikh dan tempat pelaksanaan
iii. Refleksi
iv. Gambar ( sekurang-kurangnya 4 keping )
9. Kegagalan melaksanakan projek mengikut perancangan yang telah ditetapkan akan menyebabkan pemotongan markah.
Projek mestilah menunjukkan nilai-nilai berikut:
1. Memahami perancangan dan pelaksanaan projek dengan baik.
2. Mengemukakan maklumat yang tepat, betul dan lengkap.
3. Mengaplikasikan kerjasama berpasukan, etika dan profesionalisme dengan berkesan.
4. Mematuhi panduan penulisan kerangka projek yang ditetapkan.
5. Menguasai kemahiran insaniah dan elemen Pembelajaran Abad Ke -21.
Kriteria Pentaksiran
Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pemarkahan yang dilampirkan.
DRAF KERANGKA PROJEK (SILA DOWNLOAD)
DRAF LAPORAN PROJEK (SILA DOWNLOAD)