Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan (UPIK) PSIS adalah satu seksyen akademik yang diwujudkan di PSIS bertujuan untuk menjadi peneraju pembudayaan penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga PSIS. UPIK berfungsi sebagai pusat bagi penyelarasan dan pengumpulan maklumat berkaitan aktiviti penyelidikan, pembentangan di persidangan akademik, penerbitan kertas penyelidikan, penyertaan pertandingan inovasi dan pengkomersilan produk. Selaras dengan Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018-2025, UPIK merupakan seksyen yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk mengkoordinasi pelaksanaan aktiviti penyelidikan dan pembangunan, penghasilan produk dan idea inovasi, penerbitan penulisan kertas penyelidikan / ilmiah, serta pengkomersialan produk dalam kalangan pelajar dan staf di PSIS.