PEPERIKSAAN AKHIR KHAS (PAK)


Merujuk kepada Buku Arahan-arahan Am Peperiksaan Dan Kaedah Penilaian (Diploma), Edisi 6, Jun 2019


23.1.1 Pelajar yang layak dipertimbangkan untuk menduduki Peperiksaan Akhir Khas adalah pelajar seperti berikut :

i. disahkan sakit oleh pegawai perubatan kerajaan atau swasta;

ii. menghadapi kes-kes kecemasan seperti kes kematian keluarga terdekat, kemalangan, bencana alam atau kebakaran dengan pengesahan dari pihak berkuasa; atau

iii. menyertai aktiviti yang diluluskan oleh Pengarah dengan mengemukakan surat pengesahan daripada pihak penganjur; atau

iv . atlit sukan yang sedang mewakili negeri atau negara. 


23.1.2 Peperiksaan Akhir Khas juga dilaksanakan sekiranya Peperiksaan Akhir bagi mana-mana kursus pada semester berkenaan dibatalkan. 

23.1.3 Peperiksaan Akhir Khas akan diadakan pada masa dan tarikh yang sesuai selepas peperiksaan akhir kursus berkenaan bagi pelajar dan dipersetujui oleh Pegawai Peperiksaan. 

23.1.4 Sekiranya pelajar tidak hadir dengan sebab yang munasabah, markah SIFAR (O) akan diberikan bagi Peperiksaan Akhir Khas tersebut dan markah penilaian hanya akan dikira berdasarkan markah penilaian kerja kursus sahaja. 

23.1.5 Sekiranya pelajar tidak hadir tanpa sebab, pelajar akan diberi Gred F dengan Nilai Mata 0.00 bagi kursus berkenaan. Pelajar dikira telah mengambil dan gagal kursus berkenaan.