UNIT PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING
MRSM BETONG
UNIT PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING
MRSM BETONG
PENGENALAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM)
MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.
VISI MRSM
Menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.
MISI MRSM
Melahirkan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan.
FALSAFAH PENDIDIKAN MARA
Pendidikan MARA adalah satu usaha berterusan berteraskan ilmu, teknologi dan nilai keusahawanan untuk membangunkan insan holistik dan seimbang.
PENYATAAN NILAI TERAS MRSM
Nilai Teras Korporat Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) ialah saintifik, Independen, Kreatif, Amanah dan Patriotik untuk diterapkan kepada semua warga BPM, Maktab Rendah Sains MARA dan Kolej MARA.
PENGENALAN
Maktab Rendah Sains MARA Betong, Sarawak berperanan sebagai sebuah institusi unggul yang menjadi wadah pembentukan generasi muda berintelek tinggi dan berminda kelas pertama, sekali gus melahirkan insan holistik yang cemerlang dalam akademik, sahsiah dan kepimpinan. Maktab Rendah Sains MARA Betong, Sarawak telah siap dibina pada tahun 2008 dengan keluasan 50.24 ekar. MRSM Betong merupakan MRSM kedua di Sarawak yang beroperasi pada 17 November 2008.
Dari segi geografinya, MRSM Betong terletak kira-kira 8.5 km dari bandar Betong. 70 km dari simpang Sri Aman(kawasan hentian Temuduk), 260 km dari bandar Sibu dan bandaraya Kuching, ibu negeri Sarawak.
Pada awal tahun 2009, MRSM Betong menerima 25 orang guru dan 15 orang guru dari MRSM Mukah. Kemudiannya 9 orang melapor diri dan menjadikan guru di MRSM Betong keseluruhannya seramai 49 orang.
MISI DAN VISI : UPBK MRSM BETONG
VISI
Sebagai unit sokongan profesional yang unggul dan berwibawa dalam ekosistem sekolah dengan menerajui pembangunan pelajar secara holistik dan bersepadu merangkumi aspek mental, emosi, sosial, sahsiah dan kerjaya bagi melahirkan pelajar yang seimbang, berdaya tahan, berakhlak mulia serta mampu mencapai kecemerlangan akademik dan kesejahteraan diri selaras dengan aspirasi dan hala tuju maktab.
MISI
Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang terancang, sistematik dan berterusan melalui pendekatan profesional, beretika dan berfokus kepada kesejahteraan pelajar dengan membimbing mereka mengenali potensi diri, mengurus cabaran kehidupan persekolahan, membina kemahiran kendiri, mengukuhkan nilai murni serta merancang hala tuju akademik dan kerjaya secara berperingkat melalui kerjasama erat antara guru, ibu bapa dan komuniti bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, penyayang dan kondusif.
UPBK MRSM Betong, Sarawak
Culture of Excellence