Jumlah staf Unit Pentadbiran dan Kewangan & Teknikal keseluruhannya seramai 30 orang.
Berperanan mengendalikan, menguruskan segala keperluan, perkhidmatan staf dari mula pelantikan hingga persaraan.
Bertanggungjawab dalam hal-hal kewangan, perolehan, aset dan pembangunan di kolej.
Bertanggungjawab menjaga keselamatan staf, pelajar, hartabenda KMS, kebersihan dan keceriaan kolej.
Menerima dan menyelesaikan aduan pelanggan.
Beroperasi mulai Jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang.
Pegawai yang boleh dihubungi untuk sebarang urusan/pertanyaan:
No.Tel : 03-31201410
Email : webmaster@kms.matrik.edu.my
Fungsi unit ini terbahagi kepada dua fungsi yang utama, iaitu:
FUNGSI UNIT PENTADBIRAN
Menguruskan dan mengemaskini Buku Pekhidmatan Kerajaan (BPK).
Menguruskan dan mengemaskini maklumat dan hal-hal perjawatan.
Bertanggungjawab menguruskan hal-hal perkhidmatan pegawai/staf kolej seperti urusan pelantikan, pertukaran, kenaikan pangkat/pemangkuan, peperiksaan/prestasi, tatatertib, cuti dan persaraan/pencen.
Menguruskan keperluan latihan dan kompentensi
Menguruskan dan menyelia hal-hal berkaitan pentadbiran kolej, fail, dokumen rasmi, surat-menyurat, kuarters, tempahan kenderaan dan premis di kolej.
Bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan pengurusan stor dan aset alih kolej dari aspek pendaftaran, penerimaan hingga pelupusan serta memastikan keselamatan aset dan harta benda kolej dipelihara dan dikawalselia.
Menjadi urusetia perhimpunan bulanan kolej, mesyuarat-mesyuarat utama dan acara-acara serta majlis-majlis rasmi di kolej.
Menerima, menyelesaikan aduan dan pertanyaan pelanggan dan warga KMS.
FUNGSI UNIT KEWANGAN
Menyediakan laporan bulanan dan tahunan prestasi perbelanjaan kolej
Menguruskan permohonan peruntukan kewangan, permohonan pindah peruntukan dan peruntukan tambahan
Menyediakan belanjawan mengurus tahunan ABM dan pembangunan kolej
Menyedia dan menguruskan bajet akaun amanah kolej
Menerima dan memproses baucar bayaran tuntutan-tuntutan TNT/ELM dan lain-lain
Menyelenggara proses penghantaran pesanan tempatan
Menguruskan pembelian melalui sistem e-perolehan
Menguruskan kutipan hasil & terimaan
Menguruskan bil-bil utiliti, bil akaun pukal kolej dan waran udara
Memproses gaji
Menguruskan pembayaran elaun wang saku pelajar
Menjawab dan memberi maklumbalas pertanyaan audit
Bertanggungjawab menguruskan perolehan kolej melalui tender, sebutharga, kontrak, pembelian terus dan panjar wang runcit.
Menguruskan pakej latihan/kursus staf kolej dan pelajar.
Urusan semua jenis cuti hendaklah dimohon lebih awal.
Memastikan semua staf di bawah unit pentadbiran mencukupi kursus 7 hari setahun.
Menguruskan Penilaian Prestasi Tahunan.(SKT/LNPT) mengikut tempoh yang ditetapkan.
Urusan permohonan tempahan kenderaan jabatan hendaklah dimohon lebih awal sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh penggunaan, mendapat sokongan ketua jabatan dan mempunyai dokumen sokongan.
Urusan tempahan premis kolej seperti dewan, rumah tamu, padang dan lain-lain prasarana hendaklah dimohon secara bertulis dan mendapat kebenaran dari ketua jabatan dan dikenakan caj/bayaran mengikut prosedur dan surat pekeliling yang berkuatkuasa.
Staf kolej bertanggungjawab mengemaskini dan memberi maklumat berkaitan pengisytiharan harta setiap 5 tahun perkhidmatan atau apabila ingin mengemaskini maklumat harta yang baru diperolehi.
Urusan permohonan stor kolej hendaklah dimohon 3 hari lebih awal, diisi dalam borang permohonan stok, disahkan oleh pegawai pelulus dan tertakhluk pada waktu urusan stor.