BIDANG TUMPUAN 1 - PENGURUSAN PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN
Bidang Tumpuan pertama ialah Pengurusan Pendidikan dan Penyelidikan yang memberi tumpuan kepada pelaksanaan Kurikulum Hijau, penyelidikan dan penerbitan lestari, pengurusan laporan dan laman sesawang kelestarian, pelaksanaan program kesedaran dan penerapan budaya hijau, serta latihan, perkongsian kepakaran dan pengalaman bagi pelajar dan kakitangan.
BIDANG TUMPUAN 2 -PENGURUSAN TENAGA DAN PERUBAHAN IKLIM
Bidang tumpuan kedua iaitu Pengurusan Tenaga dan Perubahan Iklim melihat kepada pengekalan dan peningkatan kecekapan penggunaan tenaga serta galakan penggunaan tenaga boleh diperbaharui bagi mengurangkan pelapasan karbon. Usaha ini perlu disokong dengan pelaksanaan inisitif penyebaran pengetahuan melalui pendidikan dan latihan dalam aspek pengukuran pengurangan karbon dioksida (CO2) dan lain-lain gas rumah hijau.
BIDANG TUMPUAN 3 - PENGURUSAN ALAM SEKITAR DAN LANDSKAP
Bidang Tumpuan ketiga adalah Pengurusan Alam Sekitar dan Landskap dengan mengintegrasi amalan pengurusan alam sekitar dalam pengoperasian institusi melalui dasar-dasar dan prosedur bagi memastikan amalan alam sekitar terbaik diaplikasikan dalam urusan harian. Fokus dalam pegurusan landskap pula mamberi tumpuan ke arah memberi kefahaman yang jelas tentang kepentingan kepelbagaian bio dan landskap terhadap kelestarian alam sekitar serta mewujudkan landskap yang dapat mengekalkan kepelbagaian bio setempat.
BIDANG TUMPUAN 4 - PENGURUSAN SISA
Bidang Tumpuan keempat memberi fokus kepada Pengurusan Sisa untuk peningkatan kesedaran dan pengetahuan pengurusan sisa bagi mengoptimumkam penggunaan sumber melalui pengukuran prestasi pengurusan sisa semasa.
BIDANG TUMPUAN 5 - PENGURUSAN AIR
Bidang Tumpuan kelima ialah Pengurusan Air yang melalui peningkatan pengetahuan tentang utiliti dan amalan kaedah penjimatan air melalui pemantauan, kawalan dan pembangunan sistem kitar semula air dan penuaian air hujan.
BIDANG TUMPUAN 6 - PENGANGKUTAN
Bidang Tumpuan keenam memberi tumpuan kepada Pengangkutan dengan menerapkan kesedaran tentang kepentingan bagi mengurangkan pencemaran melalui pelaksanaan polisi dan pengurusan teknologi hijau.
BIDANG TUMPUAN 7 - PEROLEHAN HIJAU
Bidang Tumpuan ketujuh iaitu Perolehan Hijau yang memberi fokus kepada pengenalan dan amalan perolehan hijau dalam sistem Politeknik dan Kojej Komuniti sebagai usaha menyokong pemeliharaan alam sekitar dan pengurangan jejak karbon.