Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka peluang kepada pelajar cemerlang Program Matrikulasi KPM untuk memohon Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) bawah Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi (SLTPPM) bagi ambilan tahun 2023. Program ini menawarkan Biasiswa Perguruan Persekutuan untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) dan Perakaunan di universiti terkemuka dalam dan luar negara. Bermula tahun 2022, Program PPC Matrikulasi diperluas dalam bidang Bahasa Inggeris untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda TESL di Universiti Malaya. Pelajar yang berjaya menamatkan program ini akan ditempatkan sebagai tenaga pengajar di kolej-kolej matrikulasi KPM seluruh negara.
3. Sehubungan dengan itu, pelajar yang berminat dan memenuhi syarat-syarat permohonan kemasukan ke program tersebut boleh mengisi permohonan secara dalam talian melalui pautan http://apps.matrik.edu.my/sltppm. Permohonan akan dibuka mulai 6 hingga 16 Mac 2023. Bersama-sama ini disertakan syarat permohonan PPC Matrikulasi bawah SLTPPM untuk hebahan kepada semua pelajar di kolej matrikulasi KPM.
SURAT HEBAHAN
Tarikh : 6 Disember 2022
Masa : 4.30 petang
Tempat : Dewan Kuliah 2
Berikut adalah senarai nama 200 peserta bagi program ini.
Kehadiran adalah WAJIB.
TAHNIAH KEPADA SEMUA CALON PRD YANG TERPILIHÂ BAGI TAHUN 2022/2023