Keahlian
Terbuka kepada pensyarah, kakitangan dan pelajar Kolej Matrikulasi Selangor sahaja.
Pendaftaran
Semua warga Kolej Matrikulasi Selangor adalah ahli Pusat Sumber secara automatik dan boleh menggunakan semua perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. Kad matrik pelajar akan digunakan setiap kali urusan pinjaman dan pemulangan, perkhidmatan internet dan perkhidmatan lain.
Peraturan Pinjaman
Koleksi Rak Terbuka
PELAJAR - Dibenarkan meminjam 4 buah buku untuk tempoh masa 2 minggu
PENSYARAH DAN STAF - Dibenarkan meminjam 8 buah buku untuk tempoh masa 4 minggu
Bahan Rujukan
Bahan-bahan rujukan seperti terbitan bersiri, akhbar, majalah, buletin hanya boleh digunakan didalam pusat sumber sahaja
Peminjaman bahan-bahan rujukan yang tertentu hanya dengan kebenaran Pustakawan
Pembaharuan Pinjaman dan Tempahan
Pembaharuan pinjaman boleh dibuat sebanyak 2 kali berturut-turut di kaunter sirkulasi.
Semua pengguna boleh membuat tempahan sekiranya bahan yang diperlukan sedang dipinjam oleh pengguna lain di kaunter sirkulasi.
Pengguna perlu menyemak dari masa kesemasa samada bahan tersebut telah dikembalikan ke pusat sumber. Bahan tempahan tersebut akan ditempatkan semula di rak-rak buku atau dipinjamkan kepada pelajar lain selepas 5 hari dari notis tempahan dikeluarkan.
Denda
Pengguna akan didenda RM0.20 bagi setiap buku yang lewat dihantar.
Sekiranya berlaku kehilangan buku yang dipinjam, pengguna perlu membayar harga buku dan bayaran pengurusan RM10.00 bagi setiap buku yang hilang