TAKLIMAT & PRA-UJI UTQH 2021
Tarikh: 1 Mei 2021
Masa: 8.30 pagi
Disampaikan oleh Penyelaras Tingkatan 5, Ustazah Siti Zulaikha Hamdzah. UTQH merupakan format terbaru bagi Kertas 2 yang mewakili 20% markah SPM.
Penilaian adalah pada aspek tilawah Al-Quran (50 markah), Bacaan Hadis (20 markah), Hafazan (30 markah)
Pelaksanaannya di antara bulan April-Julai. Pelaksanaan kali pertama pada tahun ini diharapkan bakal memerikan keputusan yang positif kepada pelajar Tingkatan 5.
Kertas 1= 80%, Kertas 2 (UTQH)= 20%
Majlis Khatam Al-Quran Ihya' Ramadan
Tarikh: 11 Mei 2021 (Selasa)
Masa: 10.00 malam
Penghujung Ramadan baru-baru ini dapat diadakan majlis khatam secara dalam talian menggunakan medium Microsoft Teams dengan penyertaan hampir 200 orang pelajar. Majlis bermula pada pukul 10.00 malam selepas solat Terawih di tempat tinggal masing-masing.
Majlis ini dianjurkan oleh BADAR MRSM Balik Pulau dengan kerjasama Unit Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Majlis dipengerusikan dan dikendalikan sepenuhnya oleh AJK BADAR.
Program bermula dengan ucapan aluan pengerusi, disusuli dengan ucapan Guru Kanan Pendidikan Islam, Ustaz Mohd Faisal Fadzil dan taklimat khatan oleh Khalifah Majlis Khatam oleh Ustaz Ahmad Zallfadhli bin Abdullah. Seramai 22 0rang pelajar kemudiannya membaca surah-surah khatam, dipantau oleh khalifah.
Majlis berakhir dengan doa oleh khalifah kemudian sesi bergambar beramai-beramai secara maya dilakukan. Sesungguhnya, majlis ini sangat bermanfaat dan dapat menghidupkan malam-malam akhir bulan Ramadan dengan amal ibadah kepada Allah SWT.