MAJLIS APRESIASI JABATAN MATEMATIK, SEMESTER 1, SESI 2018/2019

Majlis ini diadakan pada 21.1.2019 bagi meraikan dan memberi anugerah kepada para pensyarah yang telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM 1) semester 1 bagi sesi 2018/2019. Majlis ini telah dihadiri oleh pengarah Kolej Matrikulasi Selangor iaitu Dr. Hjh Rosna binti Selamat, Ketua-ketua Jabatan , Ketua-Ketua Unit serta pensyarah-pensyarah Unit Matematik dan Unit Sains Komputer. Anugerah  berprestij ini telah diadakan di Dewan Santapan Puri , Kolej Matrikulasi Selangor. Penyelaras program adalah Pn Siti Noor Asmah binti Abdul Manaf.

MAJLIS MARAIKAN KECEMERLANGAN PENSYARAH MATEMATIK

LAWATAN KONTEKSTUAL KE KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN (KMNS)

Lawatan ini merupakan Lawatan Penanda Aras di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan  yang dianjurkan oleh Unit Matematik. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk membanding beza aktiviti amalan terbaik pdp kuliah dan tutoran bagi Matematik SDS dan SES serta membanding beza aktiviti amalan terbaik pdp kuliah dan tutoran bagi Matematik perakaunan. Disamping itu, untuk mengeratkan hubungan siratulrahim sesama pensyarah Matematik antara kedua-dua kolej. Lawatan ini diadakan pada 12 Julai 2019 iaitu pada hari Jumaat. Penyeras program adalah Pn. Aniza binti Mustap manakala  peserta terdiri daripada Ketua Jabatan Matematik dan 37 pensyarah Matematik.

KURSUS PEMBINAAN PASUKAN PENSYARAH UNIT MATEMATIK, KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR, SESI 2019/2020.

Kursus ini diadakan pada 12-13Julai 2019 selama satu hari satu malam di PNB Ilham Resort, Port Dikson Negeri Sembilan. Bertujuan untuk memantapkan lagi persefahaman antara ahli unit Matematik serta memupuk sikap bekerjasama dalam kumpulan dikalangan ahli unit. Penyelaras kursus adalan Pn. Mashitah binti Masharuddin dan peserta terdiri daripada  Ketua Jabatan serta 37 pensyarah Matematik. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan bersesuaian dengan matlamat dan objektif kursus yang diketuai oleh En. Sharul Azmee bin Zabidi.

International Mathematical Olympiad (OMK) bagi SESI 2018/2019

Seramai 80 orang pelajar cemerlang dalam SPM telah terpilih dan membentuk 20 kumpulan Kategori Sulong untuk mewakili KMS  bertanding dalam pertandingan terulung mathematik ini. 

0bjektif OMK Kolej Matrikulasi Selangor adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar bagi meningkatkan tahap kematangan Matematik dalam berhujah mengenai Matematik, dapat meningkatkan kecemerlangan dalam matapelajaran Matematik. Selain itu untuk membentuk pelajar memiliki daya ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Ianya juga untuk mencari calon yang berbakat dalam Matematik bagi mewakili Kolej Matrikulasi Selangor dalam pertandingan International Mathematical Olympiad. Penyelaras program OMK bagi tahun 2019 ialah En. Tan Chee Koon. 

PERTANDINGAN OMK telah diadakan pada 20 Julai 2019 bertempat di DKB 2, pukul 10:00am – 12:30pm.

MAJLIS APRESIASI JABATAN MATEMATIK, SEMESTER 2, SESI 2018/2019

Majlis ini diadakan pada 16.7.2019 bagi meraikan dan memberi anugerah kepada para pensyarah yang telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM 2) semester 2 bagi sesi 2018/2019. Majlis ini telah dihadiri oleh pengarah Kolej Matrikulasi Selangor iaitu Dr. Hjh Rosna binti Selamat, Ketua-ketua Jabatan , Ketua-Ketua Unit serta pensyarah-pensyarah Unit Matematik dan Unit Sains Komputer. Anugerah  berprestij ini telah diadakan di Dewan Rossel, Kolej Matrikulasi Selangor (KMS). Penyelaras program Pn Norshahida bt Idris.