PROSES PERMOHONAN
LANGKAH 1:
Muat turun borang permohanan melalui pautan berikut ⤵️
LANGKAH 2:
Lengkapkan borang dan pastikan Bahagian D / E / F dalam borang tersebut telah ditandatangani.
Lampiran Lengkap seperti berikut:
a. Poster/ Brosur/ Aturcara Program.
b. Surat Jemputan (Sekiranya ada/berkaitan).
c. Maklumat dan kaedah bayaran yuran penyertaan (Sekiranya tersedia)
LANGKAH 3:
Hantar borang dan lampiran kepada Pn. Zaiah, Unit Latihan di Blok Bangunan CRECHE, Hospital UMS atau mohon serahan dokumen melalui En. Ramdan di Pejabat Pengarah HUMS (Tingkat 3, Blok C, Bangunan FPSK)
LANGKAH 4:
Copy paste templat makluman ⤵️
Salam Sejahtera,
Nama Pemohon: *nama anda*
Jenis Permohonan: Hadir Kursus / Anjur Program
Tarikh menghantar permohonan:
Hantar makluman melalui aplikasi WhatsApp (Tekan Pautan Di bawah) ⤵️
PROSES SELEPAS MENERIMA SURAT KELULUSAN
LANGKAH 5:
📢 MAKLUMAN: UNIT LATIHAN HOSPITAL UMS
Dimaklumkan bahawa semua kakitangan HUMS yang ingin menghadiri kursus atau program anjuran agensi luar (Dengan Tajaan / Tanpa Tajaan) perlu mengisi Borang Permohonan Menghadiri Program Pembangunan Profesional.
Borang boleh diperoleh melalui pautan berikut 👇
🔗 https://sites.google.com/view/unitlatihansppk/permohonan-menyertai-kursus-anjuran-luar?authuser=0
Surat status permohonan menghadiri kursus yang dipohon akan dikeluarkan oleh Unit Latihan dan dihantar melalui Sistem Automasi Pejabat (SEF) kepada pemohon serta disalinkan kepada Ketua Bahagian / Jabatan masing-masing.
Selepas mendapat kelulusan, kakitangan boleh mengisi Borang Permohonan Bertugas Rasmi Di Luar Pejabat melalui sistem IICS (https://iics.ums.edu.my/) di bawah menu ICLAIM.
Unit Latihan akan memuat naik Garis Panduan Permohonan Menyertai Kursus (Anjuran Agensi Luar) dan Penganjuran Program (Dalaman) serta Piagam Pelanggan melalui laman interaktif Seksyen Peningkatan Professional dan Kompetensi.
Kerjasama dan perhatian semua amat dihargai.
Terima kasih. 🙏
LANGKAH 6:
Pemohon meneruskan proses selanjutnya (tertakluk kelulusan peruntukan yang diberi):
1. Mengisi pautan bayaran yuran kursus. KLIK PAUTAN📄
2. Mengisi pautan tempahan tiket kapal terbang & penginapan. KLIK PAUTAN ✈️
3. Mengisi borang keluar pejabat melalui sistem IICS di dalam menu Iclaim. KLIK PAUTAN 💸
LANGKAH 7:
Pemohon menghadiri kursus dan menghantar laporan selepas menghadiri kursus kepada Unit Latihan.
MUAT TURUN Template Laporan selepas menghadiri kursus 📝