E-Rekod adalah sistem perekodan yang dicipta bagi memudahkan guru-guru, ibu bapa dan murid-murid mengakses, merekod, mengemaskini dan melaporkan setiap penyertaan murid-murid sama ada di peringkat Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa. Tujuan sistem ini diwujudkan bagi mengurangkan keciciran maklumat penyertaan dan memudahkan proses mengemaskini sistem PAJSK murid. Sistem ini akan dipantau dan diselia oleh SU Rekod dan Pemfailan sekolah.