SELAMAT DATANG KE UNIT KEUSAHAWANAN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021 – 2025 bermatlamat untuk mentransformasikan lanskap keusahawanan di Institut Pengajian Tinggi daripada keusahawanan yang berasaskan keperluan kepada yang berasaskan peluang. Tiga (3) teras strategi utama yang digariskan dalam pelan ini ialah:
Memantapkan ekosistem keusahawanan yang bersinergi dan holistik;
Memperkasakan jaringan keusahawanan yang berimpak tinggi; dan
Menekankan kepada keusahawanan yang berteraskan inovasi dan teknologi.
Unit Keusahawanan Politeknik Ibrahim Sultan adalah sebuah unit yang bertanggungjawab menguruskan kursus dan aktiviti yang berasaskan keusahawanan. Ia memberi pendedahan kepada pelajar tentang bidang keusahawanan dan memupuk minat graduan dalam memilih profesion usahawan sebagai satu KERJAYA.
Unit Keusahawanan PIS telah melakukan pelbagai usaha dan perancangan aktiviti bagi mempastikan setiap pelajar menceburkan diri dalam aktiviti keusahawanan yang dianjurkan. Di antaranya ialah penganjuran program@aktiviti keusahawanan di peringkat Jabatan akademik, Politeknik, POLYCC Zon, peringkat kebangsaan sehingga ke peringkat antarabangsa. Usaha dan aktiviti ini dirangka bagi memenuhi pencapaian keusahawan dalam merealisasikan dasar Pembangunan Keusahawanan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dengan menggalak dan memantapkan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik di peringkat politeknik.
Merancang & melaksana-kan program-program keusahawa-nan
Program Pembudayaan Keusahawanan- pendedahan awal kepada pelajar semester 1 melalui Program Haluan Siswa (PHS). Dapat mengenalpasti pelajar yang berminat keusahawanan.
Program keusahawanan pada setiap sesi pengajian.
Memberi pendedahan kepada keseluruhan pelajar PIS tentang keusahawanan
Latihan dan kursus kepada pelajar PIS berkaitan keusahawanan.
Pendedahan kepada agensi luar seperti SSM,TEKUN, MARDI, FAMA.
Menanam & membina sikap keusahawa-nan di dalam diri pelajar-pelajar
Praktis Jualan & aktiviti keusahawanan di setiap jabatan akademik dan penganjuran program utama@iringan di dalam kampus dan di luar kampus.
Mengadakan program inkubator keusahawa-nan
Bagi membangkitkan potensi usahawan muda dalam kalangan pelajar melalui modul Latihan perniagaan secara praktikal niaga di kampus dan secara atas talian.
1 Jabatan 1 Inkubator.