APDM : Panduan Kemaskini Maklumat Untuk Ibu/Bapa
1] Ibu bapa dan penjaga boleh mengemaskini maklumat APDM KPM secara online sama ada melalui handphone, komputer atau laptop.
2] Bagi pengguna pertama kali, sila rujuk langkah berikut:
- Layari laman web https://public.moe.gov.my
- Pergi ke bahagian DAFTAR MASUK
- Klik PENGGUNA BARU jika mempunyai ID
- Lengkapkan MAKLUMAT DIRI dan MAKLUMAT AKAUN
3] Setelah mendaftar, sila log masuk dengan memasukkan nombor KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN.
4] Sila klik ikon KEMASKINI MAKLUMAT.
5] Maklumat yang perlu dikemaskini adalah seperti berikut:
- Profil Anak Jagaan
- Alamat Anak Jagaan
- Maklumat Penjaga
6] Setelah selesai mengisi kesemua maklumat, anda perlu membuat Perakuan Maklumat dan Cetak Borang APDM.
Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi nombor telefon Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM di talian berikut: 03-888 49 225.
Anda juga boleh menghantarkan pertanyaan melalui e-mel: apdm.team@moe.gov.my