SYARAT-SYARAT PEMBERIAN GANJARAN KEPADA GURU PEMBIMBING KURSUS PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN.
1. Elaun Guru Pembimbing PPP (Siswazah) - RM 80.00 sebulan
PPP (Bukan Siswazah) - RM 60.00 sebulan
2. Seorang guru pembimbing hanya layak untuk membuat tuntutan terhadap dua (2) orang pelajar yang
diselia.
3. Jika seorang pelajar diselia oleh seorang guru pembimbing maka elaun penyeliaan hendaklah dibahagi
kepada dua.
4. Jika empat pelajar diselia oleh dua orang guru pembimbing maka setiap guru pembimbing hendaklah
membuat tuntutan ke atas dua daripada empat pelajar tersebut. Sila nyatakan nama-nama pelajar dalam
borang tuntutan masing-masing dan PASTIKAN nama-nama pelajar dalam tuntutan masing-masing
bukan pelajar yang sama.
5. Borang tuntutan perlu dihantar 1 salinan sahaja dan dilampirkan bersama salinan dokumen berikut:
i) Borang tuntutan penyeliaan
ii) Surat pelantikan guru pembimbing
iii) Mukasurat hadapan buku akaun bank yang tertera nombor akaun. Pastikan nombor akaun jelas.
6. Sekiranya terdapat kesilapan, sila potong dan tandatangan ringkas. Tidak dibenarkan menggunakan
“liquid paper”.
7. Sila serahkan borang tuntutan yang telah lengkap diisi pada kepada:
Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Teknik.
(u.p : KU Praktikum IPG-KPT