PERPUSTAKAAN AL-ZARQALI
LATAR BELAKANG
Perpustakaan KMS terletak di Bangunan Al-Zarqali.
Mempunyai dua aras dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta dapat menampung 800 orang pengguna dalam satu masa.
Perpustakaan KMS juga berperanan menyediakan keperluan maklumat untuk kegunaan warga KMS yang terdiri daripada para pelajar, pensyarah serta anggota staf sokongan.
Terletak di kawasan yang strategik serta berdekatan dengan bilik kuliah dan kolej kediaman.
MISI
Mewujudkan suasana pembelajaran yang memenuhi kehendak pengguna dan menyediakan sumber maklumat serta perkhidmatan yang cepat dan efektif.
VISI
Menjadi pemangkin kepada kejayaan Kolej Matrikulasi Selangor sebagai institusi pra universiti yang cemerlang.
OBJEKTIF
Memberi sokongan kepada sistem pendidikan dan latihan formal sebagai usaha untuk memperluas dan meningkatkan taraf pendidikan di kalangan pelajar KMS dengan cepat dan tepat.
Menyediakan kemudahan penyelidikan, rujukan, prasarana fizikal dan sistem komputer serta keperluan maklumat kepada tenaga pengajar dan kakitangan KMS bagi menggalakkan dan meningkatkan prestasi / sahsiah pelajar.
Menyediakan koleksi bahan Perpustakaanuntuk keperluan riadah kepada seluruh warga KMS.
Menggalakkan perkongsian sumber maklumat serta kemudahan perkhidmatan maklumat di antara Kolej-kolej Matrikulasi , Kementerian Pelajaran Malaysia.
KEAHLIAN
Perpustakaan memberi perkhidmatan dan kemudahan kepada pensyarah, kakitangan sokongan dan pelajar kolej sahaja.
Semua pelajar adalah menjadi ahli Perpustakaan secara automatik.
Semua pengguna tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh kolej dari masa ke masa.
POLISI SIRKULASI
a) PINJAMAN
Semua pinjaman bahan terbuka kepada warga Kolej Matrikulasi Selangor adalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Setiap peminjam bertanggungjawab terhadap bahan yang dipinjamnya. Sebarang kehilangan atau kerosakan bahan hendaklah dilaporkan segera kepada petugas Perpustakaan.
Kad matrik pelajar akan digunakan pada setiap kali urusan pinjaman dan pemulangan dibuat.
b) PEMULANGAN
Pemulangan bahan hendaklah dilakukan di Kaunter Sirkulasi.
Bahan yang dipinjam mesti dipulangkan pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan untuk memberi peluang kepada pengguna lain merujuk atau meminjam bahan tersebut.
c) MEMPERBAHARUI PINJAMAN
Bahan bahan Perpustakaan yang dipinjam boleh diperbaharui tarikh pinjamannya.
Kembalikan buku yang dipinjam supaya tarikh baru dapat dicop.
d) DENDA LEWAT PULANG BUKU
Pelajar didenda sekiranya lewat memulangkan buku pinjaman.
Sebuah buku RM0.20 sen sehari.
Dilarang meminjam buku/bahan lain Perpustakaan jika masih tidak memulangkan buku pada tarikh yang ditetapkan.
Sila klik ikon untuk akses online