Portal Unit Keusahawanan Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah
Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah (PMSN)
Unit Keusahawanan Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah
Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah (PMSN)
Unit Keusahawanan Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah
Selamat datang ke Portal Unit Keusahawanan Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah dibawah seliaan Unit Keusahawanan, Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah. Objektif Portal Unit Keusahawanan Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah adalah menyediakan satu pusat sumber maklumat berpusat untuk aktiviti pembangunan keusahawanan pelajar PMSN. Portal Unit Keusahawanan Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah akan memudahkan pelajar untuk menceburi didalam bidang keusahawanan lantas menyediakan persekitaran yang baik untuk menjayakan misi PMSN didalam melahirkan graduan holistik yang kompeten teknologi global berciri keusahawanan.
Unit Keusahawanan merangka dan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti keusahawanan yang tersusun dan berkesan. Tujuan kami adalah untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan politeknik dalam dunia pekerjaan yang semakin kompetitif.
Kami juga berusaha untuk mencapai KPI yang telah digariskan di dalam Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2021-2025. Ini termasuk meningkatkan peratusan usahawan pelajar dan graduan, meningkatkan bilangan tenaga pengajar yang mempunyai kepakaran keusahawanan, dan memperbanyakkan kolaborasi dengan agensi, industri, NGO dan persatuan tempatan dan antarabangsa.
Selain itu, kami juga bertanggungjawab dalam merancang pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur dan fasiliti untuk menyokong aktiviti keusahawanan pelajar. Kami juga mengurus peruntukan dana keusahawanan untuk program dan aktiviti keusahawanan institusi.
Kami percaya bahawa keusahawanan adalah kunci untuk masa depan yang cerah dan berjaya. Oleh itu, kami berdedikasi untuk membantu pelajar kami mencapai potensi penuh mereka sebagai usahawan. Kami mengalu-alukan anda untuk meneroka laman web kami dan mengetahui lebih lanjut tentang apa yang kami tawarkan. Selamat menjelajah!