UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING, KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
Unit Psikologi dan Kaunseling menyediakan perkhidmatan kaunseling dan bimbingan kepada warga kolej sama ada secara individu mahupun kelompok. Selain itu, kami menyediakan pelbagai program dan aktiviti yang mensasarkan elemen 3P iaitu Perkembangan, Pencegahan dan Pemulihan.
VISI
Insan Sejahtera Warga Harmoni Emosi Seimbang
MISI
Pembestarian Perkhidmatan Psikologi Dan Kaunseling Untuk Memperkembangkan Potensi Individu Bagi MemenuhiAspirasi Negara.
OBJEKTIF
• Menyediakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.
• Memberi kesedaran kepada warga KPM akan kepentingan perkhidmatan psikologi dan kaunseling dalam menguruskan kehidupan seharian.
• Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan kaunselor organisasi ke tahap optimum dan berterusan.
• Menyediakan pendidikan kesejahteraan mental dan fizikal kepada warga KPM.
• Melaksanakan perkhidmatan psikologi dan dan kaunseling berteraskan etika dan menepati peruntukan perundangan.
• Melestarikan kelangsungan perkhidmatan kaunseling kepada stake-holder.