U.n.i Klinik merupakan sebuah klinik kesihatan yang beroperasi 24 jam setiap hari di Jalan Medan Niaga, Kuala Selangor. Kami menyediakan rawatan perubatan umum, pemeriksaan kesihatan, vaksinasi, serta rawatan kecemasan ringan. Dengan pasukan perubatan yang berdedikasi dan sentiasa komited, kami memastikan setiap pesakit menerima perkhidmatan yang mesra, selesa, dan berkualiti.
M.B.B.Ch Medicine and Surgery (Mansoura, Egypt)
M.B.B.Ch Medicine and Surgery (Mansoura, Egypt)
Terima kasih kepada ibu bapa yang datang bawa anak-anak untuk berkhatan di U.n.i Klinik Kuala Selangor! ✨
InshaAllah kami akan adakan promo berkhatan lagi akan datang 🤩
📆 12 Februari 2026
📍IPD Kuala Selangor
U.n.i Klinik telah mengadakan program Weight Loss & Medical Check-Up di IPD Kuala Selangor. Semoga program ini dapat membantu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan & gaya hidup sihat 💪✨
📆 16 September 2025
📍Balai Masyarakat Taman Permai, Jeram
U.n.i Klinik dan U.n.i Dental telah mengadakan program pemeriksaan kesihatan sempena sambutan Hari Malaysia di Taman Permai, Jeram. Program ini turut disertakan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah kesihatan gigi, latihan memberus gigi, pertandingan mewarna serta cabutan bertuah 🎁
Sambutan yang diberikan oleh penduduk setempat amat menggalakkan dan suasana program berlangsung dengan penuh meriah 🥰✨
Pelbagai aktiviti menarik dijalankan termasuk pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dan dewasa, pertandingan pakaian beragam, sukan rakyat, latihan memberus gigi, cabutan bertuah dan macam-macam lagi 🤩
Seronok tengok wajah gembira para pemenang!🥰
Tahniah buat semua para pemenang pertandingan dan cabutan bertuah! Anda semua memang hebat 💪🎁
📆 13 September 2025
📍Masjid Muhammadiah Kampung Kuantan, Kuala Selangor
Program Sambutan Maulidur Rasul bersama komuniti di Masjid Muhammadiah, Kampung Kuantan turut diserikan dengan pemeriksaan kesihatan percuma oleh U.n.i Klinik dan U.n.i Dental. Program ini mendapat sambutan baik daripada kariah Masjid Muhammadiah, Kampung Kuantan.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak masjid atas jemputan dan layanan mesra sepanjang program. 🥰💐
📆 9 Ogos 2025
📍Balai Raya dan Surau Al-Hijrah, Kampung Tanjung Siam, Kuala Selangor
Program Pemeriksaan Kesihatan bersama U.n.i Klinik & U.n.i Dental yang dihadiri oleh penduduk Kampung Tanjung Siam.
Program ini adalah kerjasama dengan Team Selangor bagi Program Misi Kampung Tanjung Siam: Cantik, Ceria, Bersih!
HUBUNGI KAMI
MEDIA SOSIAL
Telefon/Whatsapp: 012-258 9900
Email: uniklinikkualaselangor@gmail.com