Unija Confession adalah satu channel tidak rasmi yang diwujudkan sebagai platform perkongsian info, aduan, keluhan, dan luahan secara anonymous (tanpa nama) daripada pelajar UniSZA kepada umum.
Semua urusan dalam channel ini tidak mempunyai sebarang kaitan rasmi secara langsung dengan pihak pengurusan universiti, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), atau mana-mana organisasi dalam UniSZA.
Mesej yang dikongsikan adalah berdasarkan kiriman confessor dan tidak disahkan kebenarannya oleh pihak admin. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menilai setiap info dan mesej dengan bijak.
Pihak admin tidak bertanggungjawab atas sebarang kesan atau akibat yang timbul kepada individu, organisasi, atau mana-mana pihak berkaitan akibat penyebaran mesej dalam channel ini. Jika terdapat maklumat yang tidak tepat atau menjejaskan mana-mana pihak, entiti yang terlibat boleh membuat aduan dan penafian rasmi bagi membersihkan imej mereka.
Confessor diingatkan untuk menghormati etika, Polisi dan undang-undang dalam setiap hantaran mereka. Sebarang mesej (yang dianggap oleh admin) mengandungi berunsur fitnah, maklumat palsu, atau mencemarkan nama baik individu/organisasi boleh dipadam oleh pihak admin tanpa notis.
Dengan menghantar mesej ke pada Bot (@unijacofession_chatbot) dan juga subscribe/menyertai channel (@unijaconfession), anda secara langsung dianggap bersetuju dengan segala terma yang dinyatakan. Sebarang pelanggaran boleh disekat atau dilaporkan kepada pihak berwajib jika perlu.