Unit Psikologi dan Kaunseling (UPsK) IPGKBL terdiri daripada 3 orang kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor, iaitu seorang Ketua Unit dan dua orang Kaunselor Pendidik.
VISI
Peneraju Pemerkasaan Kesejahteraan Insan
MISI
Pembestarian Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Untuk Memperkembangkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
OBJEKTIF
Menyediakan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.
Memberi kesedaran kepada warga IPGKBL akan kepentingan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling dalam menguruskan kehidupan seharian.
Menyediakan pendidikan kesejahteraan emosi dan fizikal kepada warga IPGKBL.
Melaksanakan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling berteraskan etika dan menepati peruntukan perundangan.
FUNGSI
Melaksanakan strategik pengurusan dan pentadbiran bagi memastikan perkhidmatan kaunseling dan psikologi dapat dijalankan dengan berkesan di IPG Kampus Batu Lintang.
Melaksanakan operasi penyampaian Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi dalam aspek pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi (3Pi) bagi memastikan objektif yang ditetapkan tercapai di IPG Kampus Batu Lintang.
Mematuhi standard Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi di peringkat IPG Kampus Batu Lintang.
Menguruskan pengurusan data maklumat Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi di IPG Kampus Batu Lintang bagi memastikan objektif Perkhidmatan Kaunseling dan psikologi tercapai.
Melaksanakan khidmat kepakaran kaunseling/bimbingan/konsultasi advokasi kepada waga ipgk bagi memastikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kauneling dan psikologi.