PROGRAM DAN TAKLIMAT METEOROLOGI MENGENAI CUACA EKSTREM, GEMPA BUMI DAN TSUNAMI DI POLITEKNIK PORT DICKSON
PROGRAM DAN TAKLIMAT METEOROLOGI MENGENAI CUACA EKSTREM, GEMPA BUMI DAN TSUNAMI DI POLITEKNIK PORT DICKSON
Seramai 360 pelajar Badan Unit Beruniform menghadiri Program Taklimat dan pameran Meteorologi mengenai kesedaran terhadap cuaca Eekstrem, gempa bumi dan tsunami di Dewan Wawasan, Politeknik Port Dickson pada Rabu , 8 Oktober 2025 lalu. Program berkenaan meteorologi ini julung kali dilaksanakan di politeknik ini dianjurkan oleh Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) ,Politeknik Port Dickson melibatkan pihak Jabatan Meteorologi Negeri Sembilan. Tujuan program ini adalah sebagai platform pendidikan interaktif yang menghimpunkan maklumat penting berkaitan cuaca ekstrem, gempa bumi dan tsunami.
Program ini bertepatan dengan perancangan UKKP Politeknik Port Dickson dalam rangka Pembentangan Strategi ERP Jabatan 2025 yang juga bertindak mengikut klausa 6.1.2 Hazard Identification and assessment of risks and opportunities, pengenalpastian bahaya dan penilaian risiko di Jabatan mengambil kira bahaya dan risiko baharu atau yang dipertingkatkan akibat perubahan iklim.
Penceramah berpengalaman iaitu Puan Surina Othman , Pengarah Jabatan Meteorologi Negeri Sembilan , dan Puan Amzura Amran berkhidmat di Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional, Putrajaya telah memberikan pendedahan yang sangat baik dari aspek organisasi, bagaimana mendapakan sumber, menganalisa data dari pelbagai sudut, jenis-jenis gempa dan tips ketika berlaku bencana gempa kepada warga politeknik.
Majlis penutup disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Ts. Dr, Engku Shahruerizal Bin Engku Ab Rahman menyatakan terima kasih kepada penceramah yang sudi hadir memberikan maklumat yang memberi impak besar kepada warga politeknik dalam menghadapi sekiranya berlaku masalah berkaitan cuaca yang tidak menentu dan kejadian-kejadian kemusnahan alam.
LAWATAN DON BOSCO SALESIAN SISTERS, FILIPINA
KE POLITEKNIK PORT DICKSON
27 OGOS 2024, Seramai 15 peserta daripada Don Bosco Salesian Sisters, Filipina ke Politeknik Port Dickson bagi tujuan lawatan akademik TVET di mana pihak berkenaan berhasrat untuk mengenali lebih lanjut mengenai aktiviti TVET yang dilaksanakan di politeknik ini dan mempelajari sesatu yang boleh membawa mereka menghadapi akreditasi APACC.
Lawatan "Academic Program of TVET Institutions In Malaysia For The Salesian Sisters Of Don Bosco Philippines At PPD 2024" ini dapat memenuhi KPI Politeknik dalam mengadakan jaringan hubungan antarabangsa dengan institusi pendidikan lain sejajar dengan pengakredetasian APACC.
Antara penglibatan mereka dalam lawatan ini adalah bersempena program KIKHB peringkat JPPKK yang sedang berlangsung di Politeknik Port Dickson selama 3 hari selain lawatan ke industri bersama meraka.
Pihak Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) turut memainkan peranan dalam menyampaikan taklimat keselamatan dan tanggungjawab pihak majikan terhadap keselamatan pelawat dari luar ke institusi ini.
LAWATAN PENANDA ARAS AMALAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) ke MAS KARGO, KLIA SEPANG, SELANGOR
Pada 22 Jun 2023, seramai 10 staf Politeknik Port Dickson dari Unit Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan (UKKP) telah mengadakan lawatan sambil belajar dan penanda aras amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) ke Mas Kargo Sdn. Bhd. di KLIA Sepang, Selangor. Program ini bertujuan untuk melihat bagaimana amalan keselamatan terbaik oleh pihak industri.
Hasil daripada lawatan ini dapat membantu pihak UKKP menyemak semula kualiti dan penandaras amalan keselamatan di politeknik ini dapat dinaiktarafkan setanding pihak industri. Antara perkara yang diperhatikan adalah seperti dasar polisi keselamatan, pengurusan KKP oleh Mas Kargo yang menerima pelbagai pengiktirafan daripada dunia dari aspek perlesenan, pengiktirafan Halal Logistik (oleh JAKIM), perjanjian kerjasama dengan kargo-kargo agensi penerbangan dari India, Borneo dan seluruh nusantara.
Dengan demikian Sistem Pengurusan Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan (SPKKP) PPD dapat memberi idea dan bertindak membantu pihak pengurusan menaiktaraf amalan keselamatan sejajar dengan empat konsep teras keselamatan iaitu;
i) Utamakan Polisi Keselamatan;
ii) Pengurusan Risiko Keselamatan;
iii) Jaminan Keselamatan dan;
iv) Promosi Keselamatan.
Antara cadangan UKKP kepada setiap jabatan agar mempunyai bengkel atau makmal contoh yang sempurna mematuhi kesemua undang-undang dan peraturan berkaitan keselamatan dan kesihatan, yang mematuhi piawaian ISO 45001:2018 sebagai penanda aras khas pelawat atau auditor. Dalam masa yang sama tumpuan kini ke arah mengekalkan pensijilan ISO45001:2018 di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal serta memperluaskan skop Pensijilan di Jabatan Kejuruteraan Awam dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik.