Kami bukan siapa-siapa. Kami hanya melakukan tugas yang telah diamanahkan :)
Unit Pembangunan Instruksional dan Multimedia berfungsi sebagai unit sokongan yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan audio visual bagi keperluan warga PSIS sama ada untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran atau sebarang aktiviti yang melibatkan PSIS.
Unit ini juga berfungsi membantu para pensyarah mengintegrasikan teknologi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran serta membimbing pensyarah menggunakan teknologi multimedia dalam menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan di PSIS.
KETUA UNIT PEMBANGUNAN INSTRUKSIONAL DAN MULTIMEDIA