TAJUK : KESEPADUAN MELALUI DETIK PERSAMAAN DAN DETIK PERBEZAAN
MPU24021 ETIKA PENGHAYATAN DAN PERADABAN
ENCIK AMIR FARIZ BIN CHE MAN
MPU24021 ETIKA PENGHAYATAN DAN PERADABAN
ENCIK AMIR FARIZ BIN CHE MAN
MUHAMMAD IRFAN BIN AHMAD KHUSAIRI
01DEE21F1009
MUHAMMAD HAIKAL BIN HASNIZAM
01DEE21F1003
KAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAZAK
01DEE21F1007
BERNARD YOONG KAH COON
01DEE21F1012
MUHAMMAD HAIKAL BIN HASNIZAM (01DEE21F1003)
Pada era kemajuan teknologi pada masa kini, kesepaduan masyarakat di Malaysia dilihat semakin hari, semakin pudar. Jadi apakah yang perlu dilakukan bagi memupuk kesepaduan melalui detik persamaan dan detik perbezaan. Oleh itu, masyarakat perlu mengenali apakah itu kesepaduan melalui detik persamaan dan detik perbezaan. Berdasarkan penyelidikan dilakukan kesepaduan ini adalah kesatuan atau kesamaan satu bangsa, satu bahasa, satu agama atau satu negara. Perkara ini hadir mengikut keadaan , keperluan dan detik-detik tertentu sama ada secara formal atau tidak formal dalam kehidupan seharian masyarakat. Detik persamaan dan detik perbezaan ini adalah saat yang boleh dilihat berlaku dalam kehidupan seharian masyarakat yang menunjukkan kesepaduan sebagai contoh detik di majlis perkahwinan, sambutan perayaan dan sebagainya. Oleh itu, detik perpaduan dan detik perbezaan inilah adalah satu langkah memupuk kesepaduan dalam masyarakat secara tidak langsung
Kesepaduan melalui detik persamaan yang dapat kita lihat adalah amalan gotong-royong kerana sejak dahulu lagi, khususnya masyarakat orang Melayu telah menjadikan amalan gotong-royong ini sebagai sebahagian daripada cara hidup atau adat resam masyarakat Melayu. Kini, selepas kemerdekaan atau lebih tepat lagi selepas pengwujudan Dasar Kebudayaaan Kebangsaan pada tahun 1973, amalan gotong-royong telah dimartabatkan sebagai antara salah satu nilai sosioekonomi kebangsaaan dalam usaha pembentukan kesepaduan.
Perpaduan antara masyarakat di Malaysia perlulah teguh untuk negara dapat berkembang maju terutama pada era pascamoden ini. Lebih rumit lagi masyarakat di Malaysia berbilang kaum. Maka, masyarakat di Malaysia seharusnya mempunyai satu aktiviti yang bermanfaat untuk merapatkan lagi persefahaman antara kaum itu, dan tidak dapat dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif. Jadi dengan melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang, mahupun rumah ibadat, akan mewujudkan semangat perpaduan yang tulen.
Ini membuktikan bahawa gotong-royong merapatkan masyarakat kepada nilai-nilai murni yang baik, yang kita tidak dapat lihat di tempat lain seperti dirumah. Oleh itu, timbul rasa kekitaan, rasa prihatin dan penyayang sesama individu dalam masyarakat dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk kemajuan negara dari segi perpaduan seperti mana yang ingin dicapai pada matlamat Keluarga Malaysia. Hal ini berdasarkan oleh kesan positif gotong-royong yang sebenarnya juga dapat membantu menangani gejala-gejala negatif dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian, lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.
Kesilapan masa kini
Setelah puluhan tahun berlalu, amalan gotong-royong kian tandus fungsinya di kalangan masyarakat. Masyarakat masa kini dampaknya lebih individualitstik dan materialistik. Ia membuatkan mereka cukup menyendiri lalu menganggap bahawa segala apa yang berlaku di sekeliling mereka tidak akan mempengaruhi perjalanan kehidupan seharian mereka. Oleh itu, mereka mula mencari wang dan pangkat kononnya bagi memperolehi keselesaan dalam kehidupan. “Ada kerja, ada gaji” ayat yang seakan-akan menjadi prinsip hidup masyarakat moden hari ini. Masyarakat moden kini juga kian pudar nilai-nilai kejiranannya dan ramai juga yang terlalu sibuk dengan urusan perkerjaannya di pejabat. Sedangkan nama jiran mereka tidak diendahkan apatah lagi untuk mengenali secara mendalam sebagai jiran kerana asyik dengan pekerjaannya
Amalan gotong-royong ini sewajarnya diterapkan sejak berada di bangku sekolah lagi agar kerja murni bermasyarakat ini akan terus lestari seiring dengan kemajuan negara. Anak-anak kecil ini harus dibiasakan dengan amalan ini supaya mereka bersama-sama masyarakat luar dari rumah mereka agar keberadaan mereka dihargai dan dimanfaatkan oleh masyarakat kesuluruhannya dalam usaha melaksanakan sesuatu yang berfaedah demi kesejahteraan umum. Selain itu sekolah juga berperanan bagi menerapkan amalan murni ini sebagai contoh dalam aktiviti persekolahan Hari guru, Sukan Tahunan sekolah dan Hari Anugerah Cemerlang. Dengan mengagihkan tugas dimana pelajar yang akan menguruskan aktiviti tersebut manakala para guru akan membantu dari segi nasihat dan arahan. Oleh itu, akan berlakunya nilai kerjasama yang dapat menjadikan diri mereka matang tentang kepentingan amalan murni selain dapat menyelidiki potensi diri. Akhir sekali, pihak perbadanan seperti kerajaan dan juga bukan perbadanan seperti NGO dengan menaikkan semangat gotong-royong kembali melalui ceramah, forum dan kempen kejiranan yang tersusun yang berkala boleh diusahakan sebagai satu inisiatif bagi menerapkan semangat gotong-royong dan amalan murni.
BERNARD YOONG KAH COON (01DEE21F1012)
Perayaan-perayaan yang disambut oleh tiga kaum di Malaysia
Perayaan yang disambut oleh kaum Cina yang paling besar ialah “Tahun Baru Cina”. Ia mempunyai kepentingan yang amat besar , standing dengan Hari Natal untuk orang barat. Ia bertema sempena 12 haiwan dalam Kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, permulaan nasib dan kehidupan seseorang dalam tahun yang baharu. Sebelum perayaan ini bermula, saudara mara yang hidup berjauhan akan berkumpul bersama-sama, rumah akan dibersihkan serta dihiaskan penuh dengan perkataan ”bahagia” terbalik dan pokok limau. Mercun akan dibakarkan pada tengah malam melambangkan bermulanya tahun baru dan menghalau puaka dan nasib malang.
Tahun Baru Cina biasanya diraikan dengan jamuan seperti Yee Sang, daging ayam dan itik bakar, sosej dan limau mandarin. Orang muda dan kanak-kanak akan melawat orang dewasa sementara memberi salaman dan kata-kata berkatan. Orang dewasa yang telah berkahwin akan memberikan AngPau yang merupakan duit dalam sampul merah sebagai nasib baik.
Perayaan yang disambut oleh kaum Melayu ialah Hari Raya Aidilfitri. Tetapi sebelumnya, bulan Ramadhan akan disambut dahulu. Ramadhan ialah bulan yang ke-9 dan bulan yang dianggap paling suci dalam kalendar Islam. Dalam bulan ini, kaum Melayu akan berpuasaselama 29 ataupun 30 hari. Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Harapan bulan Ramadhan ialah mengharapkan umat Islam meningkatkan disiplin sendiri serta menjadi insan yang pemurah, mengingati kesusahan hidup yang telah dicuba dalam bulan puasa.
Selepas berpuasa selama sebulan, maka bermulalah Hari Raya Aidilfitri. Perayaan ini disambut bagi menandakan akhirnya bulan Ramadhan iaitu bulan Puasa mana umat Islam telah menjalani bulan tersebut dengan tekun. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan kaum Melayu yan terpenting selain Hari Raya Haji.
Simbol yang paling terkenal bagi Hari Raya Aidilfitri adalah ketupat. Ketupat adalah nasi terkukus dalam anyaman daun kelapa ataupun daun palas, biasanya dihidangkan Bersama rendang. Lauk-pauk lain termasuklah nasi lemang dan kuih dodol. Simbol lain yang digalakkan untuk digunakan sebagai simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri adalah simbol yang berteraskan Islam seperti kalimah Allah dan Nabi Muhammad, bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri, dan lain-lain yang tiada unsur haram.
Amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri, umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-FAtihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudiannya, mereka akan bertolak balik kampung, mengunjung rumah ibu-bapa, saudara-mara dan rakan taulan. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah S.W.T . Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau.
Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya Aidilfitri. Duit raya ini selalu diberi orang dewasa kepada anak-anak dalam sampul yang berwarna hijau kuning yang diadaptasi daripada sampul Ang Pau kaum Cina.
Perayaan utama yang disambut oleh agama Hindu ialah Peraan Hari Deepavali atau Diwali. Perayaan ini melabangkan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, secara simboliknya menunjukkan dalam erti cahaya yang menerapi kegelapan. Nama perayaan Deepavali bermaksud deretan cahaya, menggambarkan perjalanan menuju ke arah cahaya. Perayaan ini disambut selama tempoh yang berbeza oleh komuniti berbeza Dalam calendar Gregorian, Deepavali biasanya tiba pada bulan Oktober atau November. Perkataan Sanskrit "Deepavali" bermaksud satu pameran pelita-pelita yang menandakan kemenangan cahaya ke atas kegelapan. Oleh sebab pengetahuan bahasa Sanskrit merosot, nama perayaan ini diubah menjadi Divali, terutamanya di India utara.
Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia kerana terdapat kira-kira 1.5 juta penganut Hindu yang kebanyakannya berasal dari India Selatan Malam sebelum hari Deepavali merupakan hari untuk memperingati datuk,nenek dan moyang yang telah meninggal dunia dengan upacara sembahyang kecil di rumah di kalangan keluarga terdekat sahaja.
Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan mandi dengan menyapu minyak bijan di atas kepala dan badan untuk menyejukkan badan dan juga sebagai lambang penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan sembahyang bersama keluarga di rumah serta mendapatkan restu ibu bapa dan orang tua sebelum memakai pakaian baru dan mengunjungi kuil. Kemudian barulah mereka mula mengunjungi rumah sanak-saudara dan rakan-rakan. Rumah terbuka juga diadakan untuk rakyat jelata.
"Kolam" asalnya dibuat daripada tepung beras yang tidak diwarnakan sebagai makanan untuk semut dan serangga lain kerana agama Hindu percaya bahawa Tuhan atau Atman wujud di dalam setiap ciptaan Tuhan di dunia ini. Maka, aspek mendalam ialah "kolam" merupakan cara termudah untuk memberi sedekah atau pun dilihat sebagai cara berkongsi sumber alam dengan benda hidup yang lain.
Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" atau juga dikenali sebagai "Rangoli" ini bukan sekadar hiasan sahaja, tetapi memiliki maksud sosial, kerohanian, dan simbolik padanya. Ia merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka. Melakar "Kolam" merupakan cara bagi wanita Tamil bagi berdoa pada Lakshmi, dewi kekayaan, kecantikan dan tuah dan merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu.
MUHAMMAD IRFAN BIN AHMAD KHUSAIRI (01DEE21F1009)
Pada tahun 1969, Malaysia bergelut dengan ancaman komunisme dan hubungan antara negara-negara yang lemah. Pemerintahan penjajah Jepun dan pemerintahan British memupuk ketidakpercayaan antara kesemua bangsa pada ketika itu, dan beberapa pertempuran kecil antara beberapa bangsa pun terjadi. Negara itu dibagi menurut kelompok etnik oleh pemerintahan penjajah British, sehingga dipisahkan identiti dan sosial budaya setiap kaum. Orang cina menetap di tambang dan kota, orang India menetap di ladang getah, dan orang melayu menetap di desa-desa. Dua pejabat parti dibunuh di Penang dan ibu kota Kuala Lumpur pada malam pengundian tanggal 10 Mei. Salah satunya adalah orang UMNO dan yang lainnya dari Parti Buruh yang terkait dengan komunis ketika itu. Ribuan orang berbaris di Kuala Lumpur untuk menghormati pekerja buruh sehari sebelum pengundian. Ibukota menjadi tegang pada waktu itu.
Peristiwa 13 Mei adalah ciri kegagalan hubungan masyarakat Malaysia. Apa yang terjadi pada 13 Mei 1969 adalah kerana disebabkan oleh beberapa faktor, salah satunya yang memicu tragedi ini adalah keputusan untuk mengumumkan pemilihan umum (Prudential) pada 10 Mei 1969. Di Jinjang, Kepong, seorang cina mati disebabkan tua diarak di jalan raya dengan kebenaran polis. Namun, perarakan itu berubah menjadi kemenangan pemilihan pilihan raya dengan menghina orang Melayu. Pada hari Selasa, 13 Mei, Yeoh Tech Chye, presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, yang berkempen untuk gerakan tersebut, meminta maaf atas kelalaian kekejaman para ahlinya selama perarakan berlangsung. Yeoh mendapatkan kemenangan besar di kawasan Bukit Bintang Kuala Lumpur, tapi sudah terlambat untuk meminta maaf pada ketika itu kerana banyak orang melayu yang berasa sangan marah.
Situasi ini telah menyebabkan serangkaian insiden malang di mana pasukan FRU telah ditarik dari Kampong Baru dan Askar Melayu telah dikerahkan untuk mengambil alih kendali. Tindakan darurat dikeluarkan, perintah dibatasi selama 24 jam, dan orang-orang tidak diizinkan keluar dari rumah. Pada pukul 05.00 keesokan harinya, Rumah Sakit Kuala Lumpur melaporkan bahwa 80 orang tewas dan sebagian besarnya adalah warga cina yang mana mereka terlibat dalam kerusuhan pertama.
Angka rasmi menunjukkan 196 orang mati, 439 yang mengalami cedera, 39 orang hilang dan 9,143 individu ditahan dan 211 kenderaan musnah.
Statistik tidak rasmi menunjukkan jumlah kematian:
Melayu : 86 orang
Cina : 342 orang
Lain-lain : 3 orang
Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada penglihatan orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat banyak lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers pada ketika itu.
Jadi apa yang kita boleh ambil daripada peristiwa ini?
Situasi ini berlaku karena hubungan antara setiap etnik tidak terjalin dengan kuat.
Kita harus memahami pentingnya persahabatan dan kerjasama untuk kehidupan masa depan yang lebih baik.
Jika ada juga masalah antara manusia, pasti ada jalan lebih baik untuk mengatasinya.
Kita harus selalu menghormati antara satu sama lain karena kita tidak tahu karakter atau sifat sebenar seseorang itu.
Tragedi 13 Mei yang mengorbankan nyawa dan merosak harta benda telah mengajarkan banyak hal kepada negara kita, namun semakin jauh jaraknya semakin ianya dilupakan, terutama oleh generasi muda dan para pemimpin yang mementingkan diri sendiri.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan untuk merapatkan jurang antara ekonomi Melayu dan non-Melayu. Tindakan pencegahan dilakukan untuk menyekat suara rakyat yang ekstrim dalam memajukan etnik sendiri. Jauhi pemimpin mementingkan diri sendiri dan orang-orang yang tidak menghormati kontrak sosial negara kita. Ketahuilah, 13 Mei akan terulang kembali jika kita tidak merenungkan sejarah masa lalu.
KAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAZAK (01DEE21F1007)
DARI SEGI POLITIK , detik perbezaan tidaklah nampak dengan jelas kerana orang atasan seperti pihak Kerajaan perlulah menjadi titik permulaan untuk sesebuah Negara untuk mencapai perpaduan namun beberapa faktor yang menyebabkan perbezaan antara kaum di Malaysia seperti penubuhan parti politik yang mengambil ahli mengikut kaum dan bersikap tidak rasional seperti melakukan rasuah atau dalam bahasa lain bermain kotor dan mampu membuat parti politik lain tidak berpuas hati terhadap tindakan sedemikian . Selain itu sikap atau persepsi antara kaum di Malaysia yang menyebabkan perpaduan tidak dapat dipupuk sepenuhnya .Ini kerana bukan sahaja rakyat yang tidak bersatu padu malah parti politik juga tidak memberi dorongan yang baik tentang perpaduan seperti mana parti politak yang bergerak secara berbilang kaum dan membentuk 1 lambang kepada Malaysia tentang perpaduan contohnya parti politik PKR , DAP dan PPP yang membuka penyertaan ahli kepada kesemua kaum mahupun etnik di Malaysia .
Oleh sebab pihak atasan yang tidak memberi contoh yang baik , rakyat mula berasa asing terhadap kaum - kaum yang lain selain daripada kaum meraka bahkan kefahaman juga turut berbeza menyebabkan terdapat banyak perbezaan antara adat , acara dan perayaan . Ini kerana adanya perayaan - perayaan dan majlis tertentu yang dibuka yang untuk kaum mereka sendiri seperti majlis perkahwinan dan majlis keraian . Ini bermula daripada kaum yang berasa mereka lain dan tidak sama untuk dibandingkan dengan mereka dan membuatkan mereka berasa hebat dari kaum - kaum lain di sekitar mereka .
PERKAHWIN MENGIKUT ADAT DAN TRADISI ORANG MELAYU
PERKAHWIN MENGIKUT ADAT DAN TRADISI ORANG CINA
Secara kesimpulannya, detik persamaan dan detik perbezaan dapat diamalkan dalam kehidupan kita secara tidak langsung. Kemungkinan juga kita mungkin dapat terlibat juga dalam detik-detik tersebut pada setiap hari tanpa kita menyedari ia berlaku. Oleh itu, masyarakat kita dapat lihat hidup dalam kehidupan yang aman dan damai serta hormat-menghormati antara satu sama lain adalah kerana kehadiran detik kesepaduan dan detik perbezaan dalam kehidupan kita. Dengan ini, saya menegaskan bahawa kita perlulah menitik beratkan detik-detik ini dan mengamalkannya supaya memperolehi kesepaduan antara kaum dan juga dapat mencapai matlamat Keluarga Malaysia.
PLAGIARISM