MECHANICAL MAINTENANCE LEVEL 2 (OPITO)
Program OPITO di ILPPG adalah merupakan program usahasama dari Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) dan Offshore Petroleum Industry Training Organization (OPITO), diiktiraf sebagai salah satu skim perantisan yang berjaya dan akan terus berkembang serta menawarkan pengalaman pembelajaran bereputasi di samping menyediakan industri minyak dan gas dengan juruteknik yang mahir, terlatih dan bermotivasi tinggi. Program pentauliahan tersebut akan berjalan sehingga akhir tahun 2023 dengan sokongan dana pembangunan daripada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Program tersebut telah dilancarkan dengan upacara pertukaran dokumen perjanjian antara JPDC dan OPITO semasa persidangan OPITO Global 2022 di Kuala Lumpur pada 9 dan 10 November 2022. Program ini adalah pertama kali dilaksanakan untuk institusi- institusi TVET awam di Malaysia. ILPPG merupakan salah satu daripada sepuluh institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (technical and vocational education and training, TVET) Malaysia untuk menerima pentauliahan (accreditation) global sebagai institusi latihan industri hiliran minyak dan gas
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN