Kaedah yang sistematik dan berkesan.

"Membina generasi celik Al-Quran melalui kaedah yang tersusun, sistematik dan diiktiraf."

Pusat Pengajian Quratul Ain menawarkan program pengajian Al-Quran berasaskan Sistem Qiraati, iaitu satu kaedah pembelajaran yang telah terbukti berkesan dalam melahirkan pelajar yang mampu membaca Al-Quran dengan betul, fasih dan bertajwid, tanpa perlu mengeja secara satu-persatu.

Melalui pendekatan berperingkat dan bersistem, pelajar dibimbing daripada tahap asas (penguasaan huruf dan baris) sehingga ke tahap bacaan tartil dan bertajwid yang mantap, selaras dengan tuntutan syarak.

Kaedah Qiraati juga memberi penekanan kepada:

Program ini direka khas untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa, serta sesuai dijalankan secara individu atau berkumpulan. Modul Qiraati kami diselia oleh guru-guru berpengalaman dan berkelayakan, demi menjamin keberkesanan proses pembelajaran.

Sebagai sebuah institusi yang komited terhadap pembangunan sahsiah dan kecemerlangan ummah, kami percaya bahawa penguasaan Al-Quran adalah asas utama dalam membentuk jiwa mukmin yang sejahtera dan berintegriti.