Bahan Bantu Belajar (BBM) yang kami sediakan adalah permainan yang diberi nama 'Lucky or Not' cup.
Bahan
Biji Plastisin
cawan kertas
Raga
Kertas warna
Pita pelekat
Cara bermain
Bentukkan dua kumpulan yang terdiri daripada dua orang pelajar.
Kumpulan pertama akan bermain terlebih dahulu.
Di dalam raga terdapat sembilan biji cawan yang ditandakan dengan pelbagai warna yang berlainan dan di dalam setiap cawan diletakkan satu jenis cebisan kertas warna secara rawak sama ada hijau atau merah.
Pelajar akan diberi sembilan jenis warna plastisin yang berlainan.
Di dalam permainan ini, pelajar perlu membaling plastisin mengikut warna yang ditandakan di setiap cawan sebagai contoh, plastisin berwarna ungu perlu dibaling masuk ke dalam cawan yang bertanda warna ungu, jika tidak pelajar perlu mengulangi aktiviti tersebut. Termasuk juga warna-warna yang lain.
Pelajar diberi masa seminit untuk bermain permainan ini.
Setelah masa sudah tamat, pelajar perlu mengira berapa banyak biji plastisin yang berjaya masuk ke dalam cawan mengikut warna yang ditandakan dan pelajar akan memperoleh soalan mengikut bilangan biji plastisin yang berjaya masuk ke dalam cawan.
Sebagai contoh, jika pelajar berjaya memasuki plastisin sebanyak lima biji ke dalam cawan yang mempunyai kertas berwarna hijau maka lima soalan yang pelajar bakal peroleh. Soalan-soalan tersebut perlu dijawab dengan jawapan yang betul dan pelajar akan menperoleh lima point. Jika pelajar memperoleh satu kertas berwarna merah dalam salah satu cawannya, maka pelajar hanya memperoleh empat soalan. Soalan TIDAK akan diberi mengikut bilangan kertas berwarna merah yang diperoleh. Sekiranya pelajar tidak dapat menjawab atau salah memberikan jawapan maka satu markah akan ditolak.
Permainan diteruskan dengan kumpulan kedua.
Permainan ini dijalankan secara dua pusingan.
Setelah dua pusingan tamat, markah daripada kedua-dua kumpulan akan dikira.
Kumpulan yang memperoleh point yang paling tinggi dikira pemenang dan akan mendapat hadiah.