Anugerah NILAM Peringkat Daerah merupakan pengiktirafan oleh KPM dalam usaha membina tabiat membaca dalam kalangan murid selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat dan berpengatahuan. Program Pemilihan Tokoh Anugerah Nilam di peringkat daerah Kuantan ini diadakan untuk mencari calon Tokoh NILAM sekolah rendah dan sekolah menengah bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang terbaik, dan juga akan menjadi calon mewakili daerah Kuantan ke peringkat negeri. Pada tahun ini, penilaian akan diadakan secara penilaian rakaman dan penilaian akhir akan diadakan secara bersemuka.
Penghantaran rakaman : 01 Ogos 2024 hingga 25 Ogos 2024.
Sesi Bersemuka 10 Terbaik : 2 hingga 5 September 2024