Pusat Memancing Tokey Godang berimpian untuk memenuhi minat dan permintaan pemancing disamping memberikan perkhidmatan serta kepuasan yang terbaik.
Kami juga amat mengalukan pertukaran pendapat, pandangan dan ilmu diantara pemancing baru dan lama agar semua dapat menikmati keseronokan memancing.
Bagi pemancing baru yang pertama kali memancing udang, jangan segan silu untuk bertanya bagaimana cara memancing udang di kolam. Kami sedia berkongsi ilmu dan tidak kisah "koyak" jika anda berjaya menggasak udang, anda puas kami juga turut tumpang gembira.
Sehebat atau sekecil mana ilmu seorang pemancing itu, janganlah kita lupa bahawa rezeki penentu segala. Ada kala pemancing lama mahupun otai juga tidak berjaya menaikkan udang bersaiz besar yang dikenali sebagai Jenggo, atau udang bersaiz mega dikenali sebagai Jongkong di daerah atau kawasan ini. Ada kalanya juga pemancing baru yang berjaya menaikkan udang bersaiz Jongkong, rezeki itu tidak pernah salah alamat. Ada pernah seorang tua memberi petua untuk mencari Jongkong, katanya "dimana ada air, disitu ada jongkong...".