"Kemunculan ubat tidak berdaftar, palsu dan substandard dalam pasaran menimbulkan ancaman besar terhadap kesihatan awam. WHO menganggarkan bahawa 1 daripada 10 produk perubatan di negara berpendapatan rendah dan sederhana adalah palsu atau substandard.”


Isu & Cabaran, Dasar Ubat Nasional, 2022-2026

Apa Itu Tobats?

Pengenalan

Kempen “TOLAK UBAT TIDAK SAH” dengan nama singkatan rasminya “TOBaTS” merupakan satu inisiatif baharu Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memerangi isu pembekalan dan penjualan ubat-ubatan yang menyalahi undang-undang di Malaysia.


Pelaksanaan kempen ini merupakan salah satu pendekatan yang telah dimasukkan sebagai strategi pertama dalam teras satu Pelan Tindakan Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Tahun 2024 iaitu Pemerkasaan Aktiviti Kesedaran Dan Pencegahan Bagi Meningkatkan Pengehakupayaan (Empowerment) Awam.


Ini juga merupakan salah satu usaha Bahagian ini untuk menyokong komponen kedua Dasar Ubat Nasional (DUNas) Penggal Ke-4 (2022 – 2026) iaitu untuk memastikan ubat-ubatan dalam pasaran adalah selamat, berkesan dan berkualiti untuk pengguna di Malaysia.

Objektif

1. Meningkatkan kesedaran pengguna dan pemegang taruh tentang bahaya dan risiko penggunaan ubat tidak sah


2. Memastikan pengguna mendapatkan bekalan ubat-ubatan daripada sumber yang sah iaitu selepas mendapatkan konsultasi daripada pengamal perubatan yang bertauliah


3. Mengelakkan pengguna daripada terdedah kepada bahaya penjualan dan pengiklanan ubat khususnya yang disiarkan di media sosial tanpa kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia

Kategori UBAT TIDAK SAH

1. Ubat Tidak Berdaftar Dengan KKM



2. Ubat Tiruan @ Kaunterfit



3. Ubat Yang Dicampur Bahan/Racun Terlarang



4. Ubat Yang Diperoleh Dari Sumber Tidak Sah



5. Ubat Yang Diimport Tanpa Kelulusan KKM

Prinsip Utama Kempen

Kesimpulan

Marilah kita bersama-sama melindungi kesihatan diri dan ahli keluarga kita. Semak dan pastikan dahulu kesahihan ubat dan sumber bekalannya sebelum membuat sebarang pembelian! Jangan mudah terpedaya dengan testimoni ataupun iklan ubat yang disiarkan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.