PIAGAM PELANGGAN
PIAGAM PELANGGAN
KAMI WARGA KOLEJ MATRIKULASI LABUAN DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK :
Merancang, mengendali dan menyelia segala aktiviti dan program yang ditetapkan oleh Bahagian Matrikulasi dengan cekap dan teratur.
Memastikan semua pelajar menamatkan pengajian dengan PNGK tidak kurang 2.0.
Memastikan bagi setiap mata pelajaran pengkhususan, sekurang-kurangnya 20% pelajar menamatkan setiap semester dengan pencapaian cemerlang.
Melahirkan pelajar yang berilmu dan berketrampilan, beramal, berpekerti mulia, kreatif serta bersikap positif bagi membolehkan mereka bersedia sepenuhnya sebagai mahasiswa / mahasiswi universiti.
Menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif serta terbuka, mesra dan sentiasa prihatin terhadap pelajar.
Menyediakan kemudahan-kemudahan kediaman yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu selaras dengan pengalaman perkhidmatan penyayang.
Memberi khidmat nasihat, bimbingan, kaunseling dan kerjaya dalam profesion dan gaya hidup secara jujur, bertanggungjawab serta berpandukan kepercayaan kepada Tuhan.
Memberi perkhidmatan pusat sumber dalam bentuk pinjaman, perundingan dan penghasilan media pendidikan kepada seluruh warga dengan mesra dan berkualiti.
Menyumbangkan khidmat kepakaran kepada pelanggan yang memerlukan.
Berusaha mengamalkan budaya kerja berkualiti dan permuafakatan yang mantap.