Penghantaran
Kami sentiasa berusaha untuk menghantar semua produk dalam Malaysia dalam tempoh empat hari waktu bekerja selepas menerima pembayaran anda. Jika ianya tidak dapat dihantar mengikut tempoh masa tersebut, kami akan memaklumkannya kepada anda. Semua penghantaran akan ditujukan ke alamat yang telah anda nyatakan dalam pesanan. Kami mungkin menghantar pesanan anda secara berasingan (jika keadaan tidak mengizinkan) atas perbelanjaan kami. Semua penghantaran mesti ditandatangani dan anda akan bertanggungjawab terhadap produk tersebut sebaik sahaja ia diterima. Anda berhak sepenuhnya ke atas produk sebaik sahaja kami menerima pembayaran sepenuhnya. Jika kami tidak dapat menghantar produk kepada anda ke alamat yang telah anda tetapkan atas sebab-sebab yang tertentu (melainkan punca kegagalan menghantar daripada pihak kami), kami akan memberitahu anda dan menyimpan produk tersebut atas risiko anda. Semua barang akan dihantar dalam keadaan baik. Sila semak pakej semasa diterima sebelum menandatangani borang penerimaan penghantaran. Perkhidmatan kurier tidak akan bertanggungjawab terhadap kerosakan barang-barang tersebut selepas anda menandatangani borang penerimaan penghantaran. Sekiranya anda memberi kami alamat penghantaran yang salah dan barang anda ditandatangani oleh pihak lain, atau hilang semasa penghantaran, thriftunit bundle tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang anda alami.
Pembayaran
Pembayaran penuh mesti dilakukan sebelum guni kasut dan bale pakaian di keluarkan dari store kami atau dibuka. Kami mengamalkan prinsip "First paid first served" jadi pembayaran pendahuluan sebanyak 50% daripada harga barang mesti dilakukan sebelum datang ke store kami bagi menjamin barang itu bakal menjadi milik anda dan tiada pemulangan akan dilakukan jika anda membatalkan pembelian dari pihak kami. Pembayaran mesti dilakukan dalam bentuk bank in dan wajib menunjukkan bukti pembayaran kepada pihak kami.
Imej Produk & Warna
Imej produk adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza daripada produk sebenar. Warna mungkin berbeza apabila dipaparkan pada skrin komputer yang berbeza. Sesetengah produk mungkin mempunyai imej atau foto yang sama. Ini hanya untuk tujuan rujukan sahaja dan harus dianggap sebagai ilustrasi. Aduan terhadap imej produk dan perbezaan warna tidak akan dilayan.
Kesalahan Tipografi
Sekiranya sesuatu produk disenaraikan pada harga yang tidak betul atau dengan maklumat yang salah disebabkan ralat atau kesilapan tipografi, kami berhak untuk menolak atau membatalkan pesanan anda.
Ketersediaan Produk
Kami tidak dapat menjamin ketersediaan guni atau bale semasa anda ingin memesan.
Polisi Pemulangan
Tiada bayaran balik atau pemulangan item yang dilakukan untuk pembelian kecuali item tersebut adalah pigskin.
Polisi & Privasi
Kami menghargai pelanggan serta privasi mereka. Semua maklumat peribadi yang digunakan adalah untuk memastikan kelancaran proses pesanan anda. Maklumat ini juga digunakan oleh kakitangan kami untuk menghubungi dan mengenal pasti pelanggan serta keperluan mereka. Kami tidak akan memberi, menjual, menyewa, atau meminjamkan apa sahaja maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga, melainkan kami diwajibkan untuk berbuat demikian atau anda membenarkan kami untuk melakukannya.
*Kami boleh mengubah terma dan syarat ini dari semasa ke semasa tanpa memberi notis kepada anda. Perubahan akan dikenakan kepada pesanan-pesanan yang diterima berikutnya.