Q : Adakah Thrift Unit ini legit ?
A : Ya, kami sebuah syarikat yang berdaftar dibawah SSM dengan nombor registerasi SSM no : 003189988-T.
Q : Bolehkah saya datang terus ke store Thrift Unit ?
A : Tidak, pelanggan mesti membuat temu janji sebelum datang store kami.
Q : Baru 1 dose vaksin boleh datang store ?
A : Tak boleh.
Q : Sudah 2 dose vaksin tapi belum cukup 14 hari boleh datang store ?
A : Tak boleh.
Q : Boleh tak nak ambil kasut bawah dari 50 pasang ?
A : Boleh, tapi harga bagi sepasang kasut akan bertambah RM 3.00 dari harga sepasang kasut guni 50 pasang (Untuk guni Gred C, C+ dan A+B sahaja).
Q : Guni kasut selain dari guni kasut gred C, C+ dan A+B ada tak yang boleh beli 50 pasang ?
A : Tiada, setakat ni guni 50 pasang hanya ada untuk guni gred C, C+, dan A+B
Q : Adakah saya perlu membuat bayaran penuh sebelum barang dihantar keluar dari store atau sebelum review guni ?
A : Ya, betul.
Q : Perlu ke saya bayar pendahuluan sebelum datang ke store ?
A : Ya, betul ini kerana kami mengamalkan prinsip "first paid, first served".
Q : Berapa Jumlah pendahuluan yang saya perlu bayar ?
A : Jumlah bayaran pendahuluan adalah sebanyak 50% daripada harga item.
Q : Selepas saya terima guni kasut, boleh ke saya refund jika ada kasut yang saya tidak minat ?
A : Tidak boleh, pelanggan boleh meminta untuk review melalui sesi video call terlebih dahulu sebelum kami menghantar keluar guni dari store kami.
Q : Kasut ada pigskin ke ?
A : Tiada, kalau ada kami akan menggantikan dengan kasut lain.
Q : Macam mana kalau saya terima kasut tidak cukup dari jumlah perguni yang saya pesan ?
A : Kami akan menghantar semua kasut yang kurang selewat-lewatnya 3 hari dari tarikh anda beritahu kami.