FBS Malaysia ialah satu Broker Forex yang dikenali di persada antarabangasa, ditubuhkan pada tahun 2009, dan dikawal selia oleh CySEC dari Cyprus serta IFSC dari Belize. Semasa penubuhannya, FBS telah mencapai pengiktirafan tinggi dalam pencalonan seperti ‘Broker Forex Terbaik di Asia,' ‘Broker Forex Broker Mikro Terbaik,' 'Broker Forex Terbaik di Timur Tengah,' 'Jenama Forex Terbaik di Asia' dan telah memenangi lebih daripada 30 anugerah. Syarikat tersebut mempunyai banyak pejabat di seluruh dunia, termasuk Malaysia dan menawarkan sokongan Bahasa Melayu 24/5 kepada pedagang-pedagang dari Malaysia dengan kemungkinan deposit dan pengeluaran dana melalui bank-bank Malaysia.
FBS Malaysia menawarkan pelbagai akaun dagangan, spread Tetap and Terapung dari 0, leverage tinggi sehingga 1:3000, platform dagangan MetaTrader 4/5 dan WebTrader, serta +100 alatan dagangan termasuk Forex, Logam, Tenaga dan mata wang Kripto. Syarikat tersebut menawarkan promosi unik dan lumayan seperti $100 Bonus tanpa deposit kepada pedagang-pedagang dari Malaysia. Pelanggan boleh menyertai beberapa pertandingan dagangan dan bersaing dengan petanding-petanding lain untuk hadiah tunai setiap bulan.
FBS Malaysia menyediakan pelbagai akaun dagangan seperti Cent, Micro, Standard, Zero Spread, Unlimited, dan ECN. Deposit awal bermula daripada $1, dan leverage adalah setinggi 1:3000 bergantung kepada jenis akaun. Kebanyakan akaun datang dengan spread terapung (daripada -1 kepada 1 pips), kecuali akaun Mikro dan Zero Spread (spread tetap daripada 3 dan 0 pip masing-masing). Tambahan pula, pedagang hanya membayar komisen untuk akaun Zero Spread (daripada $20).
FBS Malaysia menawarkan spread Tetap untuk akaun Mikro & Zero, spread Floating untuk Akaun Unlimited serta spread terapung Reduced untuk akaun Cent & Standard, dan akhirnya berdagang tanpa Spread untuk akaun Zero. Selain akaun Zero, semua akaun lain tidak menglibatkan komisen dagangan. FBS Malaysia menawarkan dua jenis pelaksaan pesanan - Pelaksanaan STP Cepat dan Pelaksanaan Pasaran (ECN), anda boleh memilih syarat-syarat dagangan yang paling anda sukai dengan FBS secara mudah.
Di FBS Malaysia, anda boleh membuat deposit ke akaun melalui Sistem Bayaran Atas Talian (Webmoney, Skrill, PerfectMoney, Neteller, OkPay, Bitcoin, FasaPay) dan bank-bank tempatan Malaysia (Maybank, CIMB Bank Berhad, RHB Banking Group, Hong Leong Bank Berhad, Public Bank Berhad, AmBank Group).
FBS Malaysia mengendalikan permintaan pengeluaran dalam tempoh 24 jam, biasanya dalam masa beberapa jam, bahkan beberapa minit semasa waktu bekerja bahagian kewangan syarikat tersebut, iaitu hari Isnin sehingga hari Jumaat (7am-7pm). Jika anda membuat pengeluaran melalui sistem bayaran elektronik seperti WebMoney, FasaPay, Skrill, Neteller atau PerfectMoney, anda akan menjangka untuk menerima bayaran anda dengan sangat cepat .