Jika sudah, murid-murid boleh menulis refleksi kamu semua berkenaan dengan kaedah pembelajaran melalui laman pembelajaran ini.
Murid-murid boleh meluahkan perasaan kamu semasa belajar matematik secara digital sama ada ia menarik atau pun tidak.
Di bahagian bawah pula, cikgu telah sertakan borang maklum balas pengguna bertujuan untuk meninjau keberkesanan laman pembelajaran digital yang telah cikgu wujudkan untuk mengajar murid-murid.
Cikgu berharap agar murid-murid dapat menimba ilmu dengan cara yang lebih efektif dan menyeronokkan.