Jenis-jenis perceraian
Melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz cerai yang hanya boleh dibuat oleh suami.
Melepaskan ikatan perkahwinan antara suami dan isteri setelah diminta cerai oleh isteri melalui mahkamah. Ia hanya boleh diputuskan oleh Hakim Syarie menurut hukum syarak dan undang-undang berdasarkan asbab tertentu.
Perceraian yang berlaku disebabkan perkara yang digantung (ditaklikkan) kepada perceraian. Sebagai contoh, "kalau kau keluar selangkah dari pintu rumah ini, jatuh talak 1"
Perpisahan antara suami isteri dengan sesuatu gantian (bayaran) yang diberikan oleh isteri kepada suami dengan lafaz talak atau khulu'.
Hakam merupakan pihak yang dilantik oleh mahkamah untuk membantu menyelesaikan konflik. Diberi kuasa oleh mahkamah untuk membubarkan perkahwinan bagi pihak suami.
Pengesahan lafaz cerai perlu dibuat di mahkamah sekiranya si suami menceraikan isteri di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah.