27/08/2019 ; Kuala Lumpur
"Che Qiim, saya benar-benar nak masuk kelas CTC ni. Saya sangat 'passionate'. Pernah belajar NLP. Dan, dari situ MENTAL BLOCK saya mula hancur. Dulunya MENTAL SAYA KOYAK", kata salah seorang peserta dari Utara Tanah Air.
Bertempat di Dewan Latihan Pejabat UNIC, Prima Gombak telah berlangsung Persijilan Creative Tr@uma Cleansing (CTC). Seramai 13 orang graduan CTC Chapter Malaysia telah dibentuk oleh Tuan Mohsain Badron selaku Licensed Trainer CTC. Kelas ini sangat menakjubkan kerana para pelajar CTC sangat 'cepat belajar'. Pengisian yang dibawa oleh Tuan Mohsain Badron mencakupi 80% PRAKTIKAL, 20% TEORI. Agak mengharukan pihak penganjur adalah keterlibatan serius CTC dari Singapura. Datang sebagai 'refresher'. Sangat 'humble'. Tahniah kepada kesemua graduan CTC Kohort Ke-3 di bawah bimbingan Tuan Hj Mohsain Badron. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur, Che Qiim Training & Consultancy. Semoga CTC dapat dikembangkan kepada masyarakat Malaysia dengan pantas dan tepat kepada mereka yang tepat untuk belajar ke arah kebaikan.