Sistem MyEZKo merupakan sistem pengurusan unit Kokurikulum secara Offline. Bagaimanapun data-data dari sistem ini boleh dihubung dan digabung menggunakan aplikasi Whatsapp atau Telegram.
Pengurusan aktiviti Kokurikulum biasanya menggunakan Buku Catatan PAJSK yang diurus oleh murid-murid dengan bantuan Guru Penasihat. Namun pengurusan buku-buku ini sering menjadi masalah dan membebani guru-guru penasihat kerana sikap sambi lewa murid-murid terdapat kepentingannya. Keadaan ini menyebabkan guru-guru penasihat menghadapi kesukaran apabila data PAJSK diperlukan untuk di ‘Key in’ kepada system Online KPM.
Melalui aplikasi MyEZKo, data-data kokurikulum murid tersimpan dalam sistem dan boleh dicetak bila-bila masa. Dengan data asas yang dimasukkan oleh guru penasihat, sistem menghasilkan pelbagai laporan dan analisis untuk memudahkan pengurusan Kokurikulum. Malah melalui aplikasi ini juga, pengurusan Kokurikulum dengan mudah boleh mengesan murid-murid yang tiada Unit, serta mendapatkan maklumat Guru dan Murid yang mencapai tahap tertinggi dan terbaik.
Untuk MyEZKO, data pelajar akan diambil dari APDM dan diimport ke dalam sistem. Untuk tahun pertama, guru penasihat unit perlu kemas kini pelajar dalam unit masing-masing dan data akan dibawa kehadapan untuk tahun seterusnya. Walaupun APDM dikemas kini dalam sistem, data pelajar tidak akan hilang.
Proses kerja MyEZKO:
Admin (PK Koku atau S/U Koku) akan import data APDM ke dalam sistem.
Setelah siap, send sistem melalui telegram atau emel kepada Ketua Guru Penasihat/Pengurus Pasukan setiap unit.
Ketua Guru Penasihat akan daftar unit yang menjadi Ketua Guru Penasihat/Pengurus Pasukan.
Seterusnya, kemas kini ahli unit dan guru penasihat.
Kemas kini Rancangan Aktiviti Tahunan (pilihan).
Kemas kini laporan aktiviti (kehadiran adalah automatik berdasarkan aktiviti pelajar sertai).
Eksport data kepada Admin (boleh dilakukan secara mingguan/bulanan, mengikut persetujuan admin)
Sistem sudah dilengkapi dengan panduan bagi kemudahan pengguna.
Dashboard menu Ketua Guru Penasihat
Dashboard admin
MyEZKO dilengkapi dengan:
Kehadiran pelajar
Laporan aktiviti unit
Laporan dan analisis dalam bentuk PDF dan Excel
Senarai ahli unit
Sijil kepada pelajar
Laporan PAJSK untuk di key in dalam sistem online
Pencapaian murid dan guru
Pencapaian unit
Surat lantikan tugas rasmi untuk guru
Senarai guru penasihat unit
Senarai tugas guru
Senarai pemimpin unit
Senarai semak murid tiada unit
dan pelbagai lagi.
Harga MyEZKO adalah RM150 sahaja.
Sistem adalah offline dan menggunakan Microsoft Access.
Panduan penggunaan dibekalkan bagi kemudahan pengguna.
PERHATIAN: Sekiranya anda bertukar ke sekolah lain, sistem adalah tidak boleh ditukar dan perlu membuat pembayaran yang baru.
MyEZKO juga boleh digunakan secara individu. Ini bermaksud, anda beli sistem MyEZKO hanya untuk uruskan unit anda sahaja.
Klik di sini untuk cara-cara pembayaran sistem
Klik di sini untuk borang pembelian sistem