Modul 8: Laporan Kehadiran PDPR dibina bagi memudahkan pihak sekolah dalam merekod kehadiran PDPR secara sistematik, kemas dan teratur.
Aplikasi ini sangat mudah digunakan untuk guru dan murid. Selain itu, aplikasi ini membantu pihak sekolah dalam menyediakan data yang perlu dihantar ke PPD.
Data yang dikemas kini akan terkumpul dan dapat menjadi rujukan sekolah pada masa-masa tertentu. Pihak sekolah boleh rujuk data-data dalam aplikasi pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Hanya perlu buka aplikasi My School Channel, login ID masing-masing dan rujuk laporan yang diperlukan.
Jalan kerja yang diperlukan untuk aplikasi ini:
ADMIN (Pentadbir sekolah/Admin sistem yang dilantik oleh sekolah)
Upload data APDM murid
Kemas kini data guru
Guru subjek
Kemas kini jadual PDPR
Kemas kini kehadiran pelajar jika pelajar mengalami kesukaran untuk kemas kini kehadiran sendiri.
Pelajar
Kemas kini kehadiran PDPR
Laporan boleh disimpan dalam bentuk PDF atau Microsoft Excel.
Jenis-jenis login yang disediakan
Guru-guru subjek perlu kemas kini jadual PDPR supaya pelajar dapat kemas kini kehadiran mereka.
Jika pelajar mengalami kesukaran untuk kemas kini kehadiran, guru subjek boleh membantu dengan kemas kini kehadiran pelajar.
Contoh laporan kehadiran dalam sistem. Laporan ini boleh disimpan dalam bentuk PDF atau Microsoft Excel. Laporan akan rekod pelajar hadir dan tidak hadir.
Sekolah boleh rujuk sistem untuk lihat pelajar tidak hadir PDPR. Juga disertakan nombor telefon penjaga 1 untuk rujukan guru-guru.
Pelajar akan login ID (menggunakan no. KP) masing-masing dan kemas kini kehadiran PDPR. Pelajar perlu masukkan tajuk dan objektif pembelajaran PDPR pada hari tersebut bagi membuktikan kehadiran mereka. Jadual PDPR telah tersedia berdasarkan jadual yang telah dikemas kini oleh guru subjek.
Contoh laporan pelajar. Mereka hanya boleh lihat rekod kehadiran sendiri sahaja. Laporan ini boleh disimpan dalam bentuk PDF atau Microsoft Excel. Data akan menunjukkan pelajar hadir/tidak hadir dalam kelas PDPR.
Kos untuk Modul 8: Laporan Kehadiran PDPR hanya RM200 (one-off) dan boleh digunakan sepanjang musim PDPR.
Boleh digunakan oleh semua guru dan pelajar sekolah yang mengambil modul ini.
Tiada limit data atau maklumat dikenakan.
Panduan penggunaan turut disertakan bagi memudahkan penggunaan.
Untuk permohonan sebut harga, boleh Klik di sini