Aplikasi kehadiran guru ini adalah aplikasi online yang boleh digunakan di telefon pintar dan komputer.
Dengan menggunakan QR Code, aplikasi ini digunakan untuk:
Rekod masuk sekolah
Rekod masuk kelas
Rekod keluar dan masuk rehat (untuk staff)
Rekod keluar sekolah
Rekod kelas ganti
Rekod cuti
Rekod bertugas di luar
Laporan-laporan boleh generate dalam bentuk PDF atau excel.
Setiap guru dan staf akan mempunyai akaun masing-masing dalam sistem dan boleh akses data sendiri sahaja. Jadi, guru dan staf boleh lihat laporan kedatangan masing-masing.
Admin boleh akses laporan kedatangan untuk semua guru dan staf.
QR Code kehadiran hanya boleh diakses dalam kawasan sekolah sahaja (200 radius kawasan sekolah). Sistem akan tolak kehadiran apabila anda berada diluar kawasan sekolah.
Jika guru atau staf lewat masuk ke sekolah, sistem akan minta guru atau staf yang lewat untuk memberikan sebab lewat. Jadi, sistem ini boleh membantu sedikit/sebanyak para pentadbir dalam mengatasi masalah lewat dalam kalangan guru atau staf.
Untuk rekod cuti pula, guru dan staf boleh kemas kini dalam sistem jika akan bercuti/sedang bercuti. Rekod cuti terbahagi kepada urusan rasmi di luar sekolah atau urusan peribadi.
Pakej kehadiran guru dan staf:
QR Code kehadiran
Kad ID
Login aplikasi My School Channel
QR Code kehadiran
Kad ID guru
Kad ID staf
Proses melanggan Aplikasi Kehadiran Guru & Staf:
Sebut harga diberikan kepada pihak sekolah.
Jika bersetuju, pihak sekolah akan memberikan maklumat asas sekolah untuk create ID dan password di aplikasi.
Setelah ID dan password tersedia, pihak sekolah akan memberikan data guru dan kakitangan untuk proses membuat kad.
Kad akan dihantar ke sekolah setelah siap diproses beserta QR Code kedatangan. Pembayaran boleh dilakukan dalam masa 30 hari setelah semua proses siap.
Admin sekolah akan setting lokasi sekolah di dalam sistem dan kemas kini jadual guru dan kakitangan.
Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Untuk permohonan sebut harga, boleh Klik di sini
Sekiranya anda pengguna My School Channel, klik di sini untuk dapatkan panduan penggunaan aplikasi.