こんにちは、私は
こんにちは、私は
Tengku Nazrin Shah bin Tengku Badri Shah merupakan pelajar Diploma Seni Halus di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) sejak tahun 2023. Beliau mempunyai minat dan pengkhususan dalam bidang seni visual, khususnya ilustrasi, seni digital serta lakaran figura kartun. Penghasilan karya banyak dipengaruhi oleh pemerhatian terhadap persekitaran dan pengalaman harian yang diterjemahkan melalui pendekatan visual kreatif dan kontemporari.
Selain memberi tumpuan kepada pengajian akademik, dia juga aktif menyertai pelbagai program, pameran dan pertandingan seni seperti Doodle Anifest KL Gateway Mall, Crew Comic Fiesta, Live Drawing CAFKL dan KL Sketchnation TRX. Penglibatan tersebut telah membantu meningkatkan kemahiran teknikal, pemikiran kreatif serta penguasaan dalam komunikasi visual. Pada tahun 2025, beliau telah menerima Anugerah Pelajar Terbaik Diploma Terbaik Fakulti bagi Semester II sesi 2024/2025 sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian akademik dan komitmen dalam bidang seni visual.