NAJWA NATASHA BINTI MOHD HISHAM
(AM2304013571)
NURSHAFIQA BINTI HASSAN
(AM2304013389)
ATHIRAH IMAN FUTRI BINTI TUN AHMAD TAJRI
(AM2304013510)
NURUL NAJWA BINTI NOOR RAHIM
(AM2304013579)
AHMAD QAYYUM IFWAN BIN SAMSURI
(AM2304013339)
SITI FATINI BINTI MARZUKI
(AM2304013145)
MUHAMMAD SYAHMI BIN ZAINUL ABIDIN
(AM2304013163)
PLOT FILEM
CABANG FALSAFAH
TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK
KAITAN CABANG FILEM DENGAN FALSAFAH
PENYELESAIAN ATAU PERSOALAN KHUSUS
JUSTIFIKASI FILEM TERHADAP ISU SEMASA
(Qayyum)
Zainuddin ialah seorang anak yatim. Ibu bapanya telah meninggal dunia dan beliau kini hidup dengan rakan bapanya Mak Base di Batipuh, Sumatra. Zainuddin menghadapai banyak diskriminasi sebagai seorang yang berdarah campur. Zainuddin sangat mencintai Hayati iaitu anak seorang bangsawan tempatan. Oleh kerana mereka tidak dibernarkan bertemu lalu Zainuddin berhijrah ke Padang Panjang.
Abang kepada Khadijah iaitu Aziz telah jatuh cinta kepada Hayati. Aziz disukai oleh keluarga Hayati kerana dia juga turut berketurunan Minang sama seperti mereka dan seorang ahli perniagaan. Manakala, Zainuddin pula dipandang rendah kerana hidupnya yang miskin. Oleh itu, Aziz dan Hayati telah berkahwin atas persetujuan oleh kedua belah keluarga.
Zainuddin telah berputus asa dan membawa dirinya ke Tanah Jawa setelah menerima berita mengenai perkahwinan Hayati. Di sana Zainuddin dikenali sebagai penulis dan juga seorang dermawan. Rumah tangga Hayati menghadapi konflik apabila aziz telah dipecat. Hayati kembali ke pangkuan Zainuddin setelah Aziz merasakan bahawa hanya Zainuddin yang lebih layak untuk menjaga Hayati berbanding dirinya.
Zainuddin membuat keputusan untuk menghantar Hayati pulang ke kampung halamanyan kerana dia tidak sanggup untuk tinggal bersama setelah Hayati bercerai dengan suaminya. Hayati turuti permintaan Zainuddin untuk pulang ke kampung dengan menaiki Kapal Van Der Wijck walaupun pada mulanya dia enggan kerana alasannya masih mencintai zainuddin. Akibat mengalami kerinduan yang mendalam terhadap Hayati, Zainuddin memutuskan untuk membawa Hayati kembali ke pangkuannya.
Setelah menerima berita mengenai kapal yang dinaikki oleh Hayati telah karam Zainuddin bergegas mencari Hayati dan menemui di sebuah hospital. Hayati telah meninggal di pangkuan Zainuddin sehingga menyebabkan Zainuddin jatuh sakit lalu membawa kepada kematian dan mereka dikebumikan bersebalahan.
( Najwa Natasya)
Etika mempengaruhi bahagian dalaman, moral dan motivasi seseorang dan melibatkan komponen luaran, sosio-ekonomi keperibadian. Walau bagaimanapun, etika mengajar bukan sahaja kesopanan, tetapi juga persembahan diri yang betul.
Estetika berkait rapat dengan kepekaan terhadap kesenian dan keindahan. Keindahan dalam makna estetika meliputi persoalan keindahan seni, alam, moral dan intelektual. Seniman bebas menghasilkan karya untuk pelbagai tujuan sama ada ia mengandungi mesej positif atau negatif
(Athirah Iman & Nurul Najwa)
Dua kekasih yang bermati-matian tidak direstui hanya kerana mempunyai perbezaan latar belakang dan darjat. Zainuddin dan Hayati adalah dua individu yang dilahirkan dengan dua suku adat yang berbeza. Zainuddin dibesarkan dengan adat orang makkasar manakala Hayati berketurunan minangkabau. Cinta mereka juga tidak direstui kerana percintaan antara Zainuddin dan Hayati telah mengundang perasaan tidak senang dalam kalangan orang kampung oleh sebab asal usulnya yang tidak sama menyebabkan dia dihalau dari kampung tersebut oleh Tok Penghulu.
Selepas lamaran Zainuddin ditolak oleh Hayati, Zainuddin membuat keputusan untuk bangkit dari kejatuhannya dan berpindah ke Batavia, Pulau Jawa. Abang Muluk ikut berpindah bersama Zainuddin. Zainuddin menjadi orang terkenal di Batavia setelah berjaya menulis sebuah buku mengenai dirinya yang terusir berjudul ‘Teroesir’ dengan nama samaran Z. Ramai yang terkesan dan menangis setelah membaca kisah yang dibukukan olehnya. Zainuddin kini mendapat tawaran untuk mengurus syarikat surat khabar yang terbengkalai di Surabaya dan menetap di sana.
Surat terakhir Hayati seolah-olah meletakkan kekejaman kepada Zainuddin, tetapi sebenarnya ia hanyalah nukilan Hayati kepada Zainuddin, tidak lebih hanya harapan dan penyesalan perbuatannya. Sehingga kita melihat bagaimana Zainuddin merubah keputusannya ingin memiliki Hayati kembali namun terlewat. Kematian Hayati merupakan sebab kukuh kesetiaan Zainuddin terhadap Hayati dengan menubuhkan “Rumah Anak Yatim Hayati”
Zainuddin terus diselubungi dengan kesedihan dan kemurungan yang teruk dalam hidupnya. Tetapi, Abang Muluk menasihati Zainuddin supaya tidak menjadi lemah disebabkan perempuan. Setelah itu, Zainuddin menyedari kata-kata Abang Muluk dan telah menetapkan dalam dirinya bahwa dia ingin membuktikan kepada orang kampung yang dia boleh menjadi orang senang atau kaya. Dia mengejar cita-citanya untuk menjadi novelis yang terkenal dan akhirnya dia berjaya mencapai cita-citanya.
(Qayyum & Nurshafiqa)
Objektif: Cinta merupakan sesuatu perkara yang tulus
Isu semasa: zaman kini kebanyakan wanita beranggapan bahawa hidup didalam kemewahan akan lebih bahagia dan mempunyai jaminan hidup yang lebih baik berbanding memilih untuk hidup berlandaskan cinta semata-mata tanpa mempunyai harta benda.
Objektif: Jangan mudah terpedaya dengan budaya barat
Isu semasa : kebanyakan orang islam pada zaman kini, sangat memandang remeh pada perkara-perkara yang dilarang oleh agama misalnya seperti minum minuman keras, pergi ke kelab malam dan sebagainya. Perkara ini sudah menjadi perkara yang biasa di kalangan kita terutama sekali di dalam golongan anak muda.Oleh itu, kita janganlah mudah terpedaya dengan budaya barat kerana ia akan memberikan kesan yang buruk terhadap diri, keluarga, bangsa, agama dan masyarakat.
Persoalan: Apakah akibat jika terlalu mementingkan diri sendiri?
Objektif: Jangan terlalu mengikut adat sehingga sanggup bersikap pentingkan diri sendiri
isu semasa: walaupun kini kita sudah menjalani kehidupan yang lebih moden berbanding dahulu tetapi masih ada segelintir ibu bapa yang tetap ingin campur tangan dalam pilihan hidup anak- anak mereka dengan alasan mereka terlebih dahulu makan garam serta lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anak-anak. Tindakan ini kebiasaannya dilakukan secara paksaan tanpa menghiraukan perasaan anak-anak.
Persoalan: Adakah semua orang layak untuk diberi peluang kedua?
Objektif: Jangan sia-siakan peluang kedua
(Muhammad Syahmi & Siti Fatini)
Dialog hayati bersama datuknya, “Gunung merapi masih tegak berdiri adat mesti berdiri kuat, Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Cinta hanyalah khayalan dan dongeng dalam buku-buku, Zainuddin bukan suku minang . Buat malu saja cemar nama baik, malah datuknya menyuruh Zainuddin agar meninggalkan Batipuh”.
Apabila Zainudin dan Aziz menghantar rombongan untuk melamar hayati sebagai isteri, keluarga hayati bermesyuarat bagi mencari kata sepakat dalam menentukan siapa pilihan yang terbaik untuk Hayati kahwini. Lamaran Zainudin ditolak kerana bagi mereka seorang yang tidak pasti suku adatnya serta orang yang tidak mempunyai harta benda adalah orang yang hina. Jauh sekali seperti Aziz yang berasal dari Padang Panjang serta merupakan asli suku minang dan dihormati kerana menjadi pegawai belanda tetapi malangnya seorang kaki judi dan juga pengacau rumah tangga orang.
Zainuddin, Hayati dan Aziz menjalani gaya hidup Belanda selepas berpindah daripada Batipuh seperti gaya bercakap dan berpakaian moden untuk kelihatan maju daripada pemikiran orang kampung. Akhir sekali, elemen stereotaip digambarkan pengarah ialah ‘golongan dewasa mempunyai kelebihan dari segi pengalaman hidup’. Sebagai contoh, penghulu adat semuanya mempunyai pengetahuan tentang masa depan dan asam garam kehidupan serta berhak menentukan perkara yang bakal terjadi kepada anak–anak buahnya sedangkan sebaiknya berlaku kepada Hayati yang akhirnya hidup malang dan cinta tidak kesampaian.
Muluk menasihati Zainuddin untuk berhenti bersedih atas kekecewaan yang diberikan oleh Hayati kerana Muluk percaya bahawa Zainuddin merupakan seorang yang berbakat dan akan berjaya pada masa hadapan dan tidak mahu kehidupannya disia-siakan kerana seorang wanita. Kemudian, Zainuddin memutuskan untuk berpindah ke Batavia bersama Muluk untuk memulakan hidup barunya. Dan bermulalah kejayaan seorang Zainuddin kerana karya penulisannya disukai banyak orang.
SEKIAN
TERIMA KASIH