STRIVE FOR EXCELLENT
STRIVE FOR EXCELLENT
Assalamualaikum semua warga KVKluang ..
Saya sebagai Ketua Jabatan yg mewakili program Elektrik & Elektronik mengucapkan syabas kepada barisan Jk Inovasi KVKluang kerana menganjurkan Minggu Inovasi ini. Kami berharap minggu inovasi ini akan memberi banyak menafaat kpd warga KVKluang, khususnya kepada tenaga pengajar dan pelajar-pelajar KVKluang.
Dengan adanya minggu inovasi ini, kita dapat:
Mencungkil bakat inovasi dan pelajar yg berfikiran kreatif & inovasi.
Mengenal pasti projek2 inovasi yg berkualiti utk dibawa ke peringkat lebih tinggi.
Melahirkan pelajar yg kreatif menghasilkan produk yg bermanfaat seterusnya mengharumkan nama KVKluang & negara.
Produk yg berkualiti juga dapat menjana pendapatan.
Akhirnya saya merakamkan jutaan penghargaan dan syabas kepada urusetia yg menjayakan minggu inovasi...
Program Teknologi Elektrik ialah untuk membentuk Pembantu Jurutera Elektrik yang bersedia menyertai pasaran kerja, usahawan yang berdaya saing dan mampu melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi
Peneraju Latihan Kemahiran Yang Berdaya Saing
Melahirkan pekerja berpengetahuan, berkemahiran, berketrampilan, berdaya saing dan berkepimpinan menerusi pendidikan serta latihan bersepadu
Pada tahun 2012,telah berlaku transformasi bidang pendidikan teknik dan vokasional.Berikutan dengan Itu, Sekolah Menengah Teknik Kluang telah dinaiktaraf kepada Kolej Vokasional Kluang.KVK merupakan salah satu daripada 15 buah kolej rintis di Malaysia.Tujuan Kolej Vokasional diperkenalkan adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai diploma dan Sijil Kemahiran Malaysia dan seterusnya kompeten dalam industri Malaysia.
Program teknologi elektrik adalah antara program yang ditawarkan oleh Kolej Vokasional Kluang.Ambilan pertama bermula pada tahun 2012 dan seramai 33 orang pelajar telah mendaftar. Seramai 10 orang Pensyarah berpengalaman telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui program ini.Setakat ini program ini telah mengeluarkan seramai lebih kurang 160 graduan diploma teknologi elektrik.