A09
TEK. FABRIKASI STRUKTUR LOGAM (MINYAK DAN GAS)
(KOD NOSS :OG-011-3:2011)
ILP PASIR GUDANG
Bahagian Teknologi Fabrikasi Struktur Logam Minyak dan Gas merupakan salah satu bahagian di bawah Jabatan Mekanikal dan Pengeluaran di Institusi Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang, Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia yang menawarkan program latihan kemahiran berlandaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational skills Standard- NOSS) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
PROGRAM TEK. FABRIKASI STRUKTUR LOGAM (MINYAK DAN GAS)
KOD KURSUS : A09 - SIJIL TEKNOLOGI FABRIKASI STRUKTUR LOGAM (MINYAK DAN GAS)
Kursus ini menekankan kemahiran dalam kerja-kerja fabrikasi struktur logam. Pelajar-pelajar juga akan dilengkapkan dengan kemahiran pengurusan, penyeliaan dan pedagogi dalam industri minyak dan gas. Setelah tamat kursus pelajar boleh membuat fabrikasi struktur logam dan boleh mengajar dalam bidang ini. Dalam kursus ini, pelajar akan diajar melukis struktur logam menggunakan lukisan CAD, membaca lukisan struktur logam, mengimpal logam menggunakan pelbagai kemahiran kimpalan, membentuk logam serta kemahiran menyelia. Para pelajar akan memperolehi kemahiran teori dan amali di dalam asas kerja-kerja membentuk dan mengimpal logam. Selain itu mereka juga akan berpengetahuan dalam aspek keselamatan dan pengurusan perancangan projek.
Semester Pembelajaran :-
Semester 1 - Semester 4 - Noss OG-011-3:2011
𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐢𝐬 𝐭𝐡𝐞 𝐟𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐜𝐡𝐨𝐢𝐜𝐞 𝐟𝐨𝐫 𝐚 𝐜𝐚𝐫𝐞𝐞𝐫.
"𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
Disediakan oleh :
2024 | ILP Pasir Gudang | Hubungi : suraya.i@jtm.gov.my